PADA usia 60 tahun, aktor Hollywood prolifik, Joaquim De Almeida masih diberi kepercayaan untuk terus menjadi duta jenama pakaian Sacoor Brothers.

Kolaborasi yang terjalin sejak 20 tahun itu diteruskan menerusi pelancaran satu daripada tiga tema koleksi musim luruh/sejuk 2017 jenama tersebut.

Menjadikan Dubai sebagai lokasi pelancaran, Almeida amat mengagumi inspirasi kosmopolitan dan ketepatan cita rasa rekaan kali ini yang bersifat universal.

Pelancaran koleksi itu juga adalah sejajar dengan promosi filem lakonan terbaharu Almeida, The Hitman’s Bodyguard yang menyaksikan gandingan Ryan Reynolds dan Samuel L. Jackson.

Persamaan latar belakang Almeida dan Sacoor Brothers yang berasal dari Portugal juga berjaya mencipta keserasian yang bersahaja.

Di Malaysia, Sacoor Brothers pernah berkolaborasi dan bertanggungjawab menata gaya aktor dan penghibur terkenal seperti Bront Palarae, Sean Ghazi dan Remy Ishak.

Selepas tiga dekad dibangunkan, Sacoor Brothers mempunyai lebih 100 butik di 13 negara dan tiga benua di seluruh dunia. Ia dilancarkan di Malaysia untuk kali pertama pada 2012 sehingga berkembang dengan 12 butik di sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Genting Highlands (Pahang).

TINGGALKAN RESPONS