Kim Kardashian berbogel lagi

2
74

SELEPAS bergambar tanpa seurat benang menerusi majalah Paper pada tahun lalu, bintang realiti Keeping Up With The Kardashians, Kim Kardashian sekali lagi memaparkan alat sulit serta payudaranya menerusi imej editorial bagi isu akan datang majalah LOVE.

KimFullFrontalPuppies

Gambar terbaharu yang tertiris di internet menunjukkan Kim menggayakan sehelai kot bulu dengan bahagian depannya terdedah, sepasang kaca mata dan… itu sahaja. Mungkin ia merupakan perkara normal bagi seni fotografi fesyen. Namun, Pepatung merasakan terlalu banyak gambar-gambar bogel isteri kepada rapper Kanye West telah dirakamkan sejak akhir-akhir ini.

Jika menerusi majalah Paper wanita berdarah Armenia itu dengan bangganya membenarkan lensa kamera merakamkan bahagian punggung miliknya, sekali lagi, Kim berbuat perkara yang sama untuk sampul muka hadapan majalah LOVE.

Sampul muka hadapan di atas pada asalnya telah diterbitkan menerusi akaun Instagram rasmi majalah LOVE tetapi telah dipadam. Ia menguatkan tanggapan bahawa imej di atas adalah imej akhir yang akan digunakan sebagai muka hadapan majalah berkenaan.

Gambar yang belum disunting dengan sticker kucing boleh dilihat di (NSFW!).

Kredit gambar: TFS

  • TAG
  • bogel
  • Featured
  • kim kardashian
  • LOVE
  • Paper
KONGSI
Artikel sebelumnyaLima perkara yang boleh merosakkan seluar denim
Artikel seterusnyaLegenda muzik Ringo Starr wajah baharu kempen Skechers
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

2 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS