“Gaji Pelakon Malaysia Adalah Antara Yang Termurah Di Dunia.” – Nad Zainal


NAMA Nad Zainal kembali meniti di bibir pengikut industri seni tempatan. Bukan atas faktor gosip mahupun publisiti murahan, tetapi ‘Takdir Yang Tertulis’ membikin bakat dan impak lakonannya dipuji dan diperkatakan. Selepas drama bersiri Hati Yang Tersakiti, beliau tidak mengambil masa yang lama untuk kembali merentankan jiwa-jiwa yang menonton di kaca TV. Dirinya mungkin kurang dengan elemen sensasi dan kontroversi. Tetapi di dalam diam, Nad Zainal sedang sibuk mengasah tajam taring dirinya sebagai anak seni.

PAGI ITU, Nad Zainal hadir bertemankan suami. Serba ringkas dan selesa, seri kehamilan jelas terpancar pada wajahnya. Walaupun sedang sarat hamil, semangat beliau dalam menjayakan penggambaran bagi Pepatung edisi Mac ini tetap tinggi. Kongsi Nad, ini sahaja penggambaran terakhir yang mampu dijayakannya sebelum dirinya bersalin pada bila-bila masa daripada sekarang.

Gaya demi gaya, Nad kadangkala terdengaran mengah mencari nafas. Setiap kali juga, Nad hanya tertawa sendiri kerana sedar akan keterbatasan dirinya yang sedang sarat tetapi masih mahu rancak bekerja. Lalu apabila dirinya dirias Ary Muzamer untuk helaian terakhir pada hari itu, saya terus menghulurkan telefon bagi merakamkan temubual bersama aktres ini.

PILIHAN YANG TERAKHIR

Bertanya Nad Zainal apakah yang mendorong beliau menerima tawaran drama Takdir Yang Tertulis, beliau mula membuka cerita. “Sebaik sahaja selesai dengan drama Hati Yang Tersakiti, saya memang dah terfikir untuk bercuti. Namun selepas dipujuk oleh pengarah Sharulezad Mohameddin, akhirnya saya tekad juga untuk menjayakan naskhah ini.

Watak Juweta ini sukar untuk saya tolak kerana saya begitu tertarik dengan elemen girl power yang kuat di dalam karakter ini. Sungguhpun penerimaan tawaran ini berlaku di saat akhir ditambah pula dengan berita kehamilan kedua ini, saya fikir mungkin inilah yang dinamakan suratan rezeki.”

FOTO: PINOGRAPHY (@PINOGRAPHY) | TEKS: ISKANDAR AL-HAZIQ (@ISKANDARALHAZIQ) | PEMBANTU FOTOGRAFI: GIGY SAMSUDIN (@ITSME_GIGY) | PAKAIAN: UNIQLO MALAYSIA (@UNIQLOMYFFICIAL) | SOLEKAN / DANDANAN: ARYMUZAMER (@ARYMUZAMER) | PELATIH INDUSTRI: IQA ZAIMEE (@LOLIQAA)

Percaturan firasat Nad ternyata tepat. Kerjasama pertama Nad dengan pengarah muda kreatif itu ternyata membuahkan hasil. Watak Juweta dijayakan Nad dengan cemerlang sekali, lantas menjadikan drama ini sebagai drama tontonan tinggi di TV3 dengan jumlah tontonan 9 juta ramainya.

Jumlah itu ternyata membanggakan kerana di dalam arus digital masa kini, sukar sebenarnya untuk mencari penonton setia kerana kebanyakan masyarakat kini sekarang lebih gemar menonton menerusi portal di atas talian mengikut kelapangan mereka. Sungguhpun begitu, Nad tidak segan menyatakan yang beliau bukanlah pilihan utama dalam menggalas peranan itu. Ujarnya selepas watak itu tidak dapat dijayakan oleh beberapa nama popular lain, akhirnya dirinya diyakinkan bagi menjayakan produksi ini.

“Menjadi pilihan terakhir bukanlah satu perkara yang asing di dalam industri lakonan tempatan mahupun antarabangsa. Ramai lagi pelakon ternama yang pernah menjadi pilihan terakhir pengarah namun berjaya membuktikan kredibiliti lakonan mereka.

Christian Bale menerusi American Hustle, Anne Hathaway menerusi The Devil wears Prada malahan aktor Bront Palarae di dalam filem Belukar adalah antara contoh pelakon yang tidak menjadi pilihan utama namun tetap cemerlang menerusi karakter yang dilakonkan.”

FOTO: PINOGRAPHY (@PINOGRAPHY) | TEKS: ISKANDAR AL-HAZIQ (@ISKANDARALHAZIQ) | PEMBANTU FOTOGRAFI: GIGY SAMSUDIN (@ITSME_GIGY) | PAKAIAN: UNIQLO MALAYSIA (@UNIQLOMYFFICIAL) | SOLEKAN / DANDANAN: ARYMUZAMER (@ARYMUZAMER) | PELATIH INDUSTRI: IQA ZAIMEE (@LOLIQAA)

Kongsi Nad, menjadi yang pertama mahupun yang terakhir bukanlah satu isu yang penting. Apa yang lebih utama adalah komitmen dan kesungguhan jiwa dalam bekerja. Dirinya hanya akan memberi 110% untuk setiap projek yang disertai, dan membiarkan bakat dan hasil kerjanya yang berbicara buat dirinya. Meneliti portfolio lakonan Nad Zainal pula, aktres ini begitu terkenal dengan karakter berat yang penuh emosi. Ketika diajukan apakah itu identiti karier dirinya, Nad tenang menjawab.

“Pelakon juga manusia biasa yang punya kelebihan dan kekurangan. Saya datang daripada pendidikan teater di ASWARA, dan mungkin sebab itu forte lakonan saya lebih kuat  kepada peranan berat. Bukan tak nak mencuba genre ringan seperti komedi romantik dan sebagainya, tetapi saya sedar akan kemampuan dan kelebihan diri.

Ruang pembelajaran itu ada, maka InsyaAllah banyak lagi watak yang ingin saya cuba di masa hadapan. Gadis psiko di dalam cereka thriller atau pembunuh bersiri yang berwajah naif misalannya. Oh, kalau watak-watak di dalam cereka biopik dan living legend juga saya minat!”, ujar Nad lagi.

SURVIVAL SEORANG ANAK SENI

Ketika diajukan apakah kesukaran yang masyarakat tidak tahu akan kepayahan bergelar seorang pelakon, Nad berkata yang industri lakonan tempatan sebenarnya begitu kecil dan bayaran pelakon dan kru di Malaysia juga adalah antara yang termurah di dunia.

Ujar Nad, umum sering membayangkan yang industri hiburan ini adalah sebuah industri glamour yang penuh dengan kelas tetapi hakikatnya ianya tidaklah seindah seperti yang dibayangkan.

FOTO: PINOGRAPHY (@PINOGRAPHY) | TEKS: ISKANDAR AL-HAZIQ (@ISKANDARALHAZIQ) | PEMBANTU FOTOGRAFI: GIGY SAMSUDIN (@ITSME_GIGY) | PAKAIAN: UNIQLO MALAYSIA (@UNIQLOMYFFICIAL) | SOLEKAN / DANDANAN: ARYMUZAMER (@ARYMUZAMER) | PELATIH INDUSTRI: IQA ZAIMEE (@LOLIQAA)

“Melibatkan diri di dalam industri seni di Malaysia sebenarnya tidak mudah. Kebanyakkan pelakon dan kru bekerja semata demi kelangsungan hidup. Habis satu projek pada hari ini, esok sudah mulakan penggambaran di produksi yang berbeza. Tidak seperti industri Hollywood, mereka boleh mengambil masa tiga hingga ke enam bulan dalam menyediakan diri bagi menjayakan projek baharu.

Mungkin daripada sudut positifnya bermakna penggiat seni kita bagus kerana boleh mengadaptasi diri dengan cepat, tetapi secara realitinya, industri kita ini adalah segalanya mengenai survival.”

FOTO: PINOGRAPHY (@PINOGRAPHY) | TEKS: ISKANDAR AL-HAZIQ (@ISKANDARALHAZIQ) | PEMBANTU FOTOGRAFI: GIGY SAMSUDIN (@ITSME_GIGY) | PAKAIAN: UNIQLO MALAYSIA (@UNIQLOMYFFICIAL) | SOLEKAN / DANDANAN: ARYMUZAMER (@ARYMUZAMER) | PELATIH INDUSTRI: IQA ZAIMEE (@LOLIQAA)

Bercerita mengenai topik ini, kepetahan dan sudut pandang Nad meyakinkan saya yang aktres ini bukan calang-calang. Buah fikirannya jauh ke hadapan, dan dia sedar akan kelompongan industri yang dipilihnya sejak tiga belas tahun lalu.

FOTO: PINOGRAPHY (@PINOGRAPHY) | TEKS: ISKANDAR AL-HAZIQ (@ISKANDARALHAZIQ) | PEMBANTU FOTOGRAFI: GIGY SAMSUDIN (@ITSME_GIGY) | PAKAIAN: UNIQLO MALAYSIA (@UNIQLOMYFFICIAL) | SOLEKAN / DANDANAN: ARYMUZAMER (@ARYMUZAMER) | PELATIH INDUSTRI: IQA ZAIMEE (@LOLIQAA)

Tambah Nad lagi, “Untuk membuka mata orang luar mengenai karya kita, kita kena membuka mata dan hati orang kita terlebih dahulu. Industri kita sebenarnya penuh dengan bijak pandai, tenaga kreatif yang pakar dalam bidang masing-masing. Pelakon-pelakon kita pun sebenarnya ramai yang handal. Tetap itulah, industri seni kita begitu kurang sekali dengan peruntukan. Maka hasil akhirnya juga akan kelihatan sekadar biasa-biasa sahaja.”

FOTO: PINOGRAPHY (@PINOGRAPHY) | TEKS: ISKANDAR AL-HAZIQ (@ISKANDARALHAZIQ) | PEMBANTU FOTOGRAFI: GIGY SAMSUDIN (@ITSME_GIGY) | PAKAIAN: UNIQLO MALAYSIA (@UNIQLOMYFFICIAL) | SOLEKAN / DANDANAN: ARYMUZAMER (@ARYMUZAMER) | PELATIH INDUSTRI: IQA ZAIMEE (@LOLIQAA)

“Awak percaya tak yang masih ramai lagu kru produksi yang bargaji hari? Andainya industri ini disokong dengan bajet yang dua atau tiga kali ganda daripada sekarang, saya yakin industri perfileman dan drama kita mampu bersaing dengan produk negara jiran seperti Indonesia mahupun Thailand.

Negara jiran kita berupaya membangunkan industri mereka dan kini karya-karya mereka mula mendapat perhatian. Mengapa tidak kita? Konsepnya hanya perlu all out dan bersungguh.”

MEDUDUKI KERUSI PENGARAH

FOTO: PINOGRAPHY (@PINOGRAPHY) | TEKS: ISKANDAR AL-HAZIQ (@ISKANDARALHAZIQ) | PEMBANTU FOTOGRAFI: GIGY SAMSUDIN (@ITSME_GIGY) | PAKAIAN: UNIQLO MALAYSIA (@UNIQLOMYFFICIAL) | SOLEKAN / DANDANAN: ARYMUZAMER (@ARYMUZAMER) | PELATIH INDUSTRI: IQA ZAIMEE (@LOLIQAA)

Menginjak bicara mengenai kehamilan keduanya ini, Nad bersyukur kerana walaupun beliau aktif bekerja, semuanya dipermudahkan buat dirinya. Dengan segala emosi dan babak yang berat di dalam Takdir Yang Tertulis, semuanya dibincangkan dengan pengarah terlebih dahulu untuk menangani bahagian-bahagian yang lebih mencabar sebelum beralih kepada babak yang lebih ringan selepas itu.

Ujarnya selain aktif menjalani penggambaran pada peringkat awal kehamilannya itu, Nad juga sibuk dengan urusan perniagaannya produk Audela dan bisnes makanan Mas Daebak. Nad juga berkongsi yang habis sahaja prsoes berpantang, beliau akan kembali bekerja untuk sebuah lagi drama bersiri.

Pernah menggenggam anugerah ABPBH 2014 bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular, juga ASK 2018 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama, Nad Zainal secara senyap telah membuktikan kredibiliti dirinya di dalam industri baik daripada kategori popular mahupun terbaik. Justeru apabila ditanya apakah yang ingin dicapainya lagi selepas ini, Nad terus menzahirkan impian yang ada di dalam dirinya.

FOTO: PINOGRAPHY (@PINOGRAPHY) | TEKS: ISKANDAR AL-HAZIQ (@ISKANDARALHAZIQ) | PEMBANTU FOTOGRAFI: GIGY SAMSUDIN (@ITSME_GIGY) | PAKAIAN: UNIQLO MALAYSIA (@UNIQLOMYFFICIAL) | SOLEKAN / DANDANAN: ARYMUZAMER (@ARYMUZAMER) | PELATIH INDUSTRI: IQA ZAIMEE (@LOLIQAA)

“Bagi saya tiga hingga lima tahun lagi, dan saya ingin duduk di kerusi pengarah. Untuk sekarang saya ingin puaskan diri saya terlebih dahulu dalam dunia lakonan sebelum saya menggalas tanggungjawab di dalam bidang pengarahan pula. Untuk permulaan, saya harus belajar menulis terlebih dahulu dan menulis merupakan skil yang sangat penting.” kongsi Nad optimis.

Pada hemat saya, Nad Zainal punya substance sebagai anak seni. Dia bukanlah sekadar seorang artis yang menikmati populariti karier yang diraih tetapi Nad bijak membaca realiti industri dan ingin menyumbangkan sesuatu untuk bidang yang dicintai ini.

Sesuatu yang unik juga mengenai dirinya adalah walaupun membesar dengan persekitaran moden, Nad dan suaminya Faliq juga begitu penuh dengan semangat bangsa. Maka tidak hairan jika ramai artis lain memilih untuk menyarungkan busana gaun glamour untuk acara anugerah dan karpet merah, Nad tampil elegan berbaju kebaya, berkain batik mahupun kurung disisi suami yang juga segak berbaju Melayu hitam klasik.

Nad Zainal ternyata selesa menjadi dirinya sendiri di dalam industri, membuktikan populariti yang hebat itu harus disokong dengan bakat yang kuat.

Previous Ambisi 2021: Qasrina Karim
This is the most recent story.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *