Tak habis makan? Me’nate benarkan anda tapau lebihan juadah berbuka

0
140

TEMPOH sebulan berpuasa memberikan kita alternatif untuk memilih lokasi berbuka yang terbaik. Sama ada bufet di hotel atau secara sederhana di warung tepi jalan, godaan makanan yang membangkitkan selera sering mengundang terhadap pembaziran.

FOTO/

Bagi menangani keadaan itu, hab stik popular Malaysia, Me’nate memperkenalkan konsep group steak yang menyerupai bufet mini istimewa di bulan Ramadan tahun ini.

Pilihan ditawarkan kepada pelanggan yang datang berseorangan hingga dua orang, tiga hingga enam orang atau kelompok tujuh orang ke atas pada harga yang amat berpatutan.

FOTO/

Setiap sajian juga dihidangkan terus ke meja dengan seleksi daging lembu bergred tinggi, ikan, ayam atau daging kambing segar berserta menu sampingan.

“Tahun ini merupakan Ramadan keempat Me’nate menyajikan hidangan istimewa kepada pelanggan. Konsep yang lebih fokus ini membolehkan pelanggan menikmati waktu berbuka puasa secara tertib, sekali gus mengelakkan pembaziran di bulan yang mulia ini.

FOTO/
FOTO/
FOTO/

“Sebelum ini, kami pernah menawarkan menu yang lebih banyak sehingga mengelirukan pelanggan. Kesannya, mereka memesan menu di luar kawalan dan mengudang terhadap pembaziran.

“Menerusi group steak tahun ini, amaun makanan yang dihidangkan menepati kemampuan setiap individu. Ia juga boleh dikongsi secara sama rata. Jika ada lebihan makanan, pelanggan dibenarkan untuk membungkus dan membawa pulang makanan tersebut,” jelas Pengarah Palace Butcher Resources Sdn. Bhd., Syed Ashraf Syed Ali ketika ditemui Pepatung di Me’nate, Shah Alam, Selangor.

Bagi yang merancang untuk berbuka puasa di Me’nate, anda boleh menghubungi talian, WhatsApp atau SMS kepada atau atau . Waktu tempahan bermula pukul 10 pagi hingga 7 malam.

FOTO/

Sekiranya anda ingin datang terus ke restoran, pastikan anda datang awal ke salah sebuah cawangan Me’nate di Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Ampang Jaya atau Setapak.

Me’nate mula bertapak pada 2009 dan merentasi fasa penjenamaan semula pada 2014. Sejak empat tahun yang lalu, Me’nate mula meraih perhatian masyarakat ekoran kualiti daging premiumnya seiring dengan servis yang ditawarkan.

Cawangan kelima Me’nate bakal dibuka tahun ini di sekitar Lembah Klang. Menerusi perancangan perniagaannya, Me’nate juga sedang menyusun strategi bagi membuka cawangan di negeri-negeri seluruh Malaysia termasuk mengintai peluang meluaskan prospek ke pasaran antarabangsa seperti Brunei dan Australia.

Info Me’nate:
– Facebook:
– Instagram:

TINGGALKAN RESPONS