PERNAHKAH anda mendengar atau melihat teh dan kopi jenama 888 di pasar raya? Barangkali ada yang tidak tahu bahawa ia merupakan jenama tempatan.

Ia bermula ketika Perang Dunia Ke-2. Tanah Melayu pada 1942, menyaksikan kegigihan seorang lelaki bernama Ang Thong Guan berbasikal selama dua hari semata-mata ingin meminjam RM50 daripada bapa mertuanya demi memulakan perniagaan pengedaran teh 888 di pasar Sg. Lalang, Kedah.

FOTO/

Peniagaan keluarga itu berkembang dan usai tempoh peperangan, mendiang Thong Guan telah memiliki beberapa buah van untuk tujuan pengedaran barangan lain.

Selepas 75 tahun mendominasi industri teh dan kopi di Malaysia, teh berperisanya seperti Teh Wangi Ros 888 berjaya menjadi teh dengan jualan tertinggi di Kelantan.

FOTO/AMER SAJIM

Pengaruhnya begitu besar dalam kalangan pengguna luar bandar. Penambahan pilihan produknya turut membolehkan ia menyaingi pasaran teh dan kopi di kawasan bandar.

Kini, di bawah Syarikat Thong Guan Trading Sdn. Bhd. (STGT), jenama 888 berhasil menjadi pembuat dan pengedar teh, kopi dan pelbagai produk terbesar di Malaysia.

FOTO/AMER SAJIM

Berpangkalan di Sungai Petani, Kedah, 888 menghasilkan lebih 2,000 tan teh, kopi dan minuman bijirin dalam setahun. Diedarkan secara meluas di Malaysia, Thailand, Brunei, China, Singapura, New Zealand, Hong Kong dan Taiwan.

TINGGALKAN RESPONS