Tiga jenis ketupat yang popular menjelang hari raya

0
402

TIDAK lengkap rasanya jika berbicara tentang rendang tanpa ketupat. Ketupat ada disebut dalam Hikayat Indraputra pada tahun 1700,  tetapi kisahnya secara lisan tersebar lebih awal dari tahun tersebut.

Ketupat yang merupakan sejenis hidangan beras yang dibungkus di dalam daun dan direbus di dalam air sehingga kembang atau masak. Kebiasaannya, bagi beras pulut, daun palas akan digunakan untuk proses membungkus, manakala daun kelapa digunakan untuk beras nasi.

Ketupat palas juga ada yang kosong, ada yang berinti serunding dan ada juga berinti kacang. Ia sekali gus menambahkan keenakan ketupat palas itu sendiri. Cara memasaknya terbahagi kepada dua; rebus atau kukus.

FOTO/NAZARKU

Ketupat palas dianyam berbentuk segi tiga dan ini berbeza dengan ketupat nasi yang dianyam berbentuk bawang atau hati. Jenis daun juga berbeza kerana ketupat nasi mengunakan daun kelapa.

foto/maeltanjung

Rata-rata orang Semenanjung Malaysia mungkin tidak tahu bahawa terdapat satu lagi juadah yang mirip dengan ketupat iaitu burasak.

Burasak yang terkenal dalam kalangan etnik Bugis amat terkenal di Sabah, Ia diperbuat daripada beras biasa, santan dan daun pisang. Cara-cara membuatnya adalah dengan memasak beras dan santan sehingga kering.

Setelah itu ia digoreng tanpa minyak. Kemudiannya barulah beras itu dikepal ke dalam daun pisang dan diikat kemas.

Burasak direbus minimum selama tiga jam. Lazimnya burasak dimakan dengan gulai asam pedas pekat ikan parang tetapi ia juga boleh dimakan bersama rendang atau serunding.

  • TAG
  • burasak
  • gastronomi
  • ketupat
  • ketupat biasa
  • ketupat palas
KONGSI
Artikel sebelumnyaRahsia malam 1,000 bulan dan kaitannya dengan lailatulqadar
Artikel seterusnyaDua single baharu Fazura; Bisa Apa dan Bangun dilancar hari ini
I am common boy with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name soon will be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul and to me this has always been enough.

TINGGALKAN RESPONS