Menara kawalan trafik udara Stockholm ditransformasi menjadi apartment mewah

0
48

CIPTA pengalaman baharu dengan bermalam di sebuah menara bekas kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Arlanda Stockholm, Sweden.

Menara tersebut kini bertukar wajah dan dijadikan penginapan mewah dengan pemandangan indah terutama menjelangnya waktu malam.

FOTO / CNN

Sambil menyaksikan panorama deretan lampu-lampu di landasan, suasana di dalam lapangan terbang itu sendiri pasti mengujakan.

Pihak lapangan terbang telah bekerjasama dengan syarikat sewa percutian HomeAway dan Swedavia untuk menukar wajah menara setinggi 80 meter itu kepada sebuah ruang yang menakjubkan.

Pereka multimedia Sweden, Cilla Ramnek merupakan individu yang bertanggungjawab menyumbang idea terhadap pengolahan apartment minimalis bertemakan 1960-an itu.

FOTO / CNN

Hanya mereka yang bertuah sahaja dapat bermalam di apartment mewah ini kerana ia hanya ditawarkan kepada pemenang melalui peraduan. 

Lima pemenang bersama tetamu masing-masing berpeluang untuk bermalam di menara tersebut diikuti dengan tiga malam tambahan di mana-mana cawangan HomeAway mengikut pilihan masing-masing.

Pemenang turut diberi kesempatan menikmati juadah istimewa di restoran Pontus in the Air, yang dimiliki oleh chef terkemuka Sweden, Pontus Frithiof. 

 

Sumber: CNN

  • TAG
  • Apartment
  • arlanda
  • gaya hidup
  • hotel
  • stockholm
  • sweden
KONGSI
Artikel sebelumnyaMcDonald’s Singapura perkenal Burger Nasi Lemak & McFlurry Cendol
Artikel seterusnyaMaksud simbol bulan dan bintang dalam Islam
I am common boy with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name soon will be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul and to me this has always been enough.

TINGGALKAN RESPONS