COMEL! Begitulah kata-kata yang terpacul keluar apabila menatap gambar-gambar yang dirakam dalam sebuah majlis perkahwinan wanita bernama Christine Quinn. Dalam majlis tersebut, Christine telah menjadikan neneknya, Nana Betty, 89, sebagai salah seorang bridesmaidnya.
“Nenek ketawa dan sentiasa memberikan kata-kata nasihat sepanjang menghadiri majlis perkahwinan saya. Seperti bridesmaid yang lain, nenek turut menikmati majlis perkahwinan saya sehingga malam. Termasuklah mengambil kesempatan itu untuk menari dengan nenek kepada suami saya, Bellsie. Menakjubkan!,” ujar Christine.
Dalam pada itu Nana Betty berkata: “Walaupun sudah berusia, saya berasa sungguh muda hari ini,” katanya.
Pada awalnya, Christinne tidak pasti, apakah yang akan berlaku apabila menjadikan neneknya sendiri sebagai bridesmaid. Namun, dia berasa sungguh gembira kerana ia merupakan keputusan paling baik yang pernah diambil dalam hidup.
nenek tu pun sporting habih la