Skuter elektrik jana kesejahteraan alam

3
357

SKUTER elektrik belum mencipta gelombang hebat di Malaysia. Sebenarnya apapun berkisar tentang kenderaan elektrik hanya menerima respons sederhana daripada masyarakat tempatan.

10623901_1558385587763982_545432754_n-1FOTO|

Jika diperhatikan di luar negara, kenderaan elektrik sama ada pengangkutan awam seperti bas, teksi ataupun kereta api menjadi alternatif popular dalam kalangan pengguna. Aksesnya yang mudah selain mesra alam menjadikan ia solusi terbaik terhadap kehidupan lebih hijau.

Mentaliti orang tempatan yang beranggapan kenderaan elektrik sebagai satu bentuk gaya hidup mewah dan hanya mampu digunakan orang-orang kaya sedikit sebanyak menyulitkan pengembangan teknologi tersebut.

“Pernah seorang pelanggan membandingkan harga skuter elektrik dengan motosikal. Katanya daripada membeli skuter elektrik berharga RM2,000 ke atas, adalah lebih baik membeli motosikal,” pemilik Zent Electric Dreams, Sdn. Bhd. (Zent Electric Dreams), Afzan Helmy Ahmad Zikri memulakan cerita.

IMG_5166-1.jpg-cFOTO|PEPATUNG

Sebagai individu yang tidak pandai menunggang motosikal, Afzan bergantung kepada skuter elektrik setiap kali hendak ke kedai di sekitar kawasan perumahan. Selain menjimatkan masa, parkir juga mudah. Malah skuter yang dilabel sebagai basikal moden itu juga boleh dilengkapi bakul untuk kemudahan meletak barang.

Minatnya yang mendalam terhadap industri kenderaan yang dijana tenaga elektrik telah membawa kepada penubuhan Zent Electric Dreams pada penghujung tahun lalu. Bagaimanapun segalanya bermula pada 2014 apabila dia membawa masuk empat unit skuter elektrik beroda tiga bermodalkan RM2,500 sahaja.

Sebuah syarikat di Kuala Lumpur (KL) menjadi pelanggan sulung Afzan dan sejak itu perniagaan dalam talian yang diusahakan bersama rakan-rakannya itu berkembang. Ketika itu ia diusahakan secara separuh masa dan pertambahan permintaan dengan kekurangan penawaran telah menggerakkan hati Afzan menjadikan ia sebagai profesion sepenuh masa.

“Industri ini berpotensi besar. Niat saya adalah untuk melihat kenderaan elektrik ini menjadi satu gaya hidup dalam majoriti rakyat Malaysia. Saya berharap agar tahun depan orang ramai mula menyedari kewujudan pengangkutan elektrik ini.

“Syarikat kenderaan pun banyak mengeluarkan model kereta hibrid dan elektrik. Justeru ia dapat membantu mendidik masyarakat betapa bagusnya tenaga elektrik dalam mengekalkan kehijauan alam,” Afzan melontar pandangan.

11098217_356643684543474_471291646_nFOTO|

Dengan lebih 25 model terdiri daripada basikal, skuter, ATV, e-chariot, powerboard, hoverboard dan pelbagai lagi kenderaan berasaskan tenaga elektrik, Zent Electric Dreams juga mahu meningkatkan pengetahuan masyarakat setempat terhadap produk berkualiti tinggi tersebut.

Pada harga serendah RM500 dan mampu mencecah RM30,000 dengan harga standard sekitar RM1,800 sehingga RM2,000 ke atas, kenderaan elektrik sebenarnya amat menjimatkan pengeluaran wang dalam banyak perkara. Belanja penyelenggaraan misalnya, pemilik hanya perlu memeriksa tekanan tayar dan bateri. Malah baterinya juga hanya perlu dicaj sama seperti mengecaj telefon.

Bateri

Kesemua produk pasaran Zent Electric Dreams menggunakan bateri asid plumbum (lead-acid) ataupun litium. Bateri asid plumbum merupakan bateri yang sama seperti digunakan kebanyakan kereta dan ia lebih berat. Manakala litium mempunyai jisim lebih ringan (satu bateri litium bersamaan dengan suku atau hampir separuh berat bateri asid plumbum), lebih berkuasa tetapi mahal.

Kenderaan dengan rangka (body) yang berat tidak sesuai menggunakan bateri asid plumbum kerana ia akan menambahkan beban. Penukaran bateri pula perlu dibuat sama seperti tempoh menukar bateri kereta iaitu selepas hampir dua tahun penggunaan.

“Kami mempunyai kerjasama dengan 3R Energy. Jadi untuk bateri asid plumbum, pelanggan boleh menukar bateri lama yang diperbaharui semula pada separuh harga termasuk waranti enam bulan. Misalnya, sekiranya bateri baharu berharga RM400, anda hanya perlu membayar RM200 untuk bateri kitar semula yang juga memiliki ketahanan jangka hayat sama seperti bateri baharu.

“Dalam senarai produk kami juga terdapat basikal separa elektrik. Pengguna boleh memilih sama ada mahu mengayuh dengan bantuan separuh tenaga elektrik ataupun menggunakan elektrik sepenuhnya. Justeru basikal akan bergerak sendiri seperti motosikal.

“Kelajuan maksimumnya adalah 30 kilometer (km) dengan ketahanan bateri menjangkau 22km. Bagi yang menggunakan bateri litium, ia perlu dicaj semula selama empat hingga enam jam. Bateri asid plumbum pula dicaj untuk tempoh enam hingga lapan jam,” terang Afzan.

IMG_5143-1.jpg-cFOTO|PEPATUNG

Diimport dari luar negara, kenderaan elektrik daripada Zent Electric Dreams dipasang sepenuhnya di Malaysia. Bagi membentuk produk yang berkualiti, Afzan mencantumkan teknologi Jerman dengan barangannya dikilang di China. Majoriti basikal pula datangnya dari Jepun manakala tayarnya dibawa dari China.

Keunikan produk pasaran mereka adalah ia boleh diubah suai mengikut cita rasa pelanggan. Warna standard skuter beroda tiga misalnya, boleh ditukar daripada putih menjadi warna pilihan pelanggan. Begitu juga aksesori atau kelengkapan lain seperti lampu berdasarkan permintaan individu.

Sebagai satu-satunya ruang pameran (showroom) yang menghimpunkan pelbagai kenderaan elektrik di bawah satu bumbung di Malaysia, Zent Electric Dreams juga menyedari betapa terhadnya ruang parkir khusus basikal bagi meletakkan skuter elektrik.

Jika skuter atau basikal elektrik yang dibawa bersaiz kecil, pemegang sterengnya boleh dilipat dan dibawa bersama. Tambah Afzan, terdapat seorang pelanggannya yang menggunakan skuter elektrik ke pejabat setiap hari. Skuter tersebut kemudiannya dilipat dan diletakkan di bawah meja kerja.

11330698_658665440935046_252437987_n-1FOTO|

“Namun jika skuter elektrik anda besar, letakkan ia di ruang parkir motosikal dan pastikan ia dikunci. Mungkin anda bimbang tentang keselamatan jika ia ditinggalkan tetapi skuter bersaiz besar mempunyai berat mencecah 40 kilogram, jadi agak mustahil untuk seorang pencuri memikulnya seorang diri atau berdua.

“Ruang parkir di Malaysia masih belum mesra basikal. Namun kini kami sedang dalam perbincangan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan penyediaan lorong basikal khas di sekitar KL termasuk memohon untuk membekalkan ruang khas bagi mengunci basikal,” jelas Afzan.

Baru-baru ini juga, Zent Electric Dreams telah membekalkan 10 unit skuter elektrik peronda untuk DBKL. Skuter tersebut akan digunakan bagi petugasnya menjalankan rondaan di sekitar lokasi berhampiran ibu pejabatnya seperti di Dataran Merdeka, Masjid India dan Dang Wangi. Demonstrasi dan latihan pengendalian turut dijalankan bersama para petugas selama dua hari.

11337155_1008380195860740_159326424_n-1FOTO|

Turut menyediakan alat ganti, kepada sesiapa yang berminat untuk membeli atau inginkan maklumat lanjut berkenaan produk di bawah Zent Electric Dreams, layari laman web zentelectricdreams. Kunjungan ke ruang pameran pula adalah berdasarkan temu janji sahaja.

Tidak rugi melabur duit untuk sesuatu yang memberi faedah kepada diri dan alam sekitar. Bahkan pelakon popular, Aaron Aziz pun telah membeli ATV daripada Zent Electric Dreams. Begitu juga Siti Saleha dan chef Nik Michael Imran yang turut mendapatkan skuter beroda tiga daripada mereka.

10964033_853968427959451_1076501890_n-1FOTO|

Info:
Laman web: zentelectricdreams
Instagram:
Facebook:
Ruang pameran: No.73, Jalan PJU 1A/42 Ara Permata, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
E-mel:
Telefon:

  • TAG
  • atv
  • e-chariot
  • Featured
  • gaya hidup
  • hoverboard
  • powerboard scooter
  • skuter elektrik
  • zent electric dreams
  • zent electric dreams sdn bhd
KONGSI
Artikel sebelumnyaQuickie Pepatung: Idris khan & Malek Mccrone
Artikel seterusnyaTrio penegas gaya Calvin Klein
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

3 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS