11 ilustrasi klasik Beauty and the Beast sebelum Disney

SEJAK filem Beauty and the Beast ditayangkan pada 1991, gambaran fizikal dua karakter tersebut pasti merujuk kepada imej di bawah.

Bagaimanapun, menerusi lakaran dan gambaran beast dan Belle di waktu dahulu amat berbeza. Berikut kronologi gambaran asal dua karakter dongeng tersebut.

 

1) Kulit buku cerita pada abad ke-19 ini menampilkan beast menyerupai spesies babi hutan manakala Belle kelihatan seperti seorang wanita berdarjat.

 

2) Menerusi lakaran pelukis ilustrasi yang sama, Walter Crane, beast masih dipersembahkan seperti seekor babi hutan dengan Belle dalam pakaian yang lebih mewah.

 

3) Ilustrasi ini pula menggambarkan beast ibarat seekor beruang dan gadis cantik berambut panjang.

 

4) Kali ini Belle kelihatan berbeza dengan rambut berwarna jingga kemerahan (ginger). Beast pula seekor beruang lengkap dalam persalinan putera raja.

 

5) Beast di bawah ini kelihatan seperti anjing laut yang dikahwinkan dengan memerang. Belle pula umpama gadis cerewet yang dilanda kesedihan.

 

6) Menjengah tahun 1908, pementasan teater fiksyen tersebut menampilkan beast dalam kostum skunk dan singa. Aksesori bulu di kepala yang menjadi trend zaman itu dilihat menghiasi imej Belle.

 

7) Pada tahun 1921, ilustrasi beast dipersembahkan seperti seekor singa tetapi Belle yang berkerudung ibarat seorang wanita yang berkabung selepas kematian suami.

 

8) Buku yang diterbitkan sekitar 1940-an kembali memunculkan beast sebagai seekor babi hutan tetapi berfizikal lebih kecil dan pendek. Saling tak tumpah seperti Lord Farquaad dalam filem Shrek.

 

9) Filem berjudul La Belle et la Bête yang ditayangkan di Perancis pada 1946 ini memperlihatkan beast seperti makhluk yang berdepan masalah keguguran rambut manakala Belle seperti ahli sihir beragenda jahat.

Hmmm luasnya dahi beast… separuh botak kepalanya.

 

10) Dalam filem tahun 1975, beast kelihatan seperti Grinch. Kostum seperti dres mini, lengkap bersama legging lagi. Paling penting rantai berbentuk pingat sukan Olimpik sebagai penyempurna gaya maskulin. Belle di sini berdres labuh ropol (macam baju tidur) dengan rambut beralun.

 

11) Akhir sekali, Beauty and the Beast versi rancangan TV sekitar lewat 1980-an dan awal 1990-an. Belle bagaikan wanita penggoda yang seksi manakala beast seperti baru menjalani pembedahan plastik.

Jangan lupa untuk menonton filem Beauty and the Beast di pawagam bermula esok!

Sumber: Buzzfeed