21 Filem Seram Malaysia Terbaik Sepanjang Zaman

0
20828

MALAYSIA memang sering dilambakkan dengan filem seram. Bagaimanapun majoriti karya yang disogokkan kepada penonton kurang memuaskan. Kebanyakan filem seram tempatan mengulangi formula serupa ataupun lebih menjual nama-nama pelakon popular. Namun masih terdapat naskhah yang boleh dibanggakan. Pepatung ada senarainya.

THN_4891-c

Pemilihan kami tidak berlandaskan tahap keseraman semata-mata mahupun kekerapan penampakan hantu di depan kamera. Penilaian dibuat berdasarkan keaslian dan keunikan jalan cerita, persembahan para pelakon, pengaruh dan impaknya terhadap industri perfileman seram tanah air serta kekuatannya untuk diangkat sebagai filem seram berpengaruh bersifat malar segar.

Filem seram apakah yang menjadi pilihan anda? Tinggalkan cadangan dan pandangan anda di ruangan komen di bawah.

Sebelum13/21Seterusnya

9) Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

humhehgtoauakgqrrnmafhgqz3uFOTO: TORRENT BUTLER

Antara filem Mamat Khalid yang meraih populariti di luar jangkaan. (HKLBR) boleh diklasifikasikan sebagai filem komedi seram yang sebenarnya langsung tidak menceritakan tentang hantu. Teknik manipulasi watak sehingga mengelirukan penonton menjadikan HKLBR sebuah cerita dengan penceritaan yang asli.

Meskipun dialog dan pembawaan watak-wataknya lebih menggelikan hati, namun apabila babak seram mengambil alih, mood penonton berubah serta-merta, apatah lagi apabila hantu Kak Limah dimunculkan secara tiba-tiba yang menggandakan rasa suspen.

TINGGALKAN RESPONS