21 Filem Seram Malaysia Terbaik Sepanjang Zaman

0
20341

MALAYSIA memang sering dilambakkan dengan filem seram. Bagaimanapun majoriti karya yang disogokkan kepada penonton kurang memuaskan. Kebanyakan filem seram tempatan mengulangi formula serupa ataupun lebih menjual nama-nama pelakon popular. Namun masih terdapat naskhah yang boleh dibanggakan. Pepatung ada senarainya.

THN_4891-c

Pemilihan kami tidak berlandaskan tahap keseraman semata-mata mahupun kekerapan penampakan hantu di depan kamera. Penilaian dibuat berdasarkan keaslian dan keunikan jalan cerita, persembahan para pelakon, pengaruh dan impaknya terhadap industri perfileman seram tanah air serta kekuatannya untuk diangkat sebagai filem seram berpengaruh bersifat malar segar.

Filem seram apakah yang menjadi pilihan anda? Tinggalkan cadangan dan pandangan anda di ruangan komen di bawah.

Sebelum15/21Seterusnya

7) Pontianak Harum Sundal Malam (2004)

phsm-posterFOTO: PESONA PICTURES

Tajuk filemnya sahaja sudah mencerminkan kisah yang ingin dipertontonkan kepada orang ramai. Legenda pontianak yang asalnya seorang perempuan hamil yang mati dibunuh, kemudiannya bangkit dari kematian menjelma sebagai pontianak bagi melunaskan dendam dan pembalasan adalah dongeng seram yang sangat popular.

Datin Paduka Shuhaimi Baba, selaku pengarah, menggarap (PHSM) berdasarkan dua latar masa, era 1940-an dan zaman semasa (sekitar era 2000). Penghasilan latar masa ketika kegemilangan Meriam (Maya Karin) sebagai primadona (gelaran anugerah istana) disampaikan dengan penuh menarik dan teliti. Kostum, set penggambaran dan pengucapan dialog selari dengan sela masa ketika itu.

Mungkin segelintir penonton kecewa kerana sebahagian besar cerita ditumpukan pada latar masa semasa. Ia barangkali membunuh ‘feel‘ penonton yang terpesona dengan kemunculan pontianak ketika latar masa silam.

Bagaimanapun, Maya Karin yang turut membawa watak Maria cemerlang memainkan peranan sebagai pontianak sehingga melayakkannya memegang trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-49 (2004) di Fukuoka, Jepun.

TINGGALKAN RESPONS