21 Filem Seram Malaysia Terbaik Sepanjang Zaman

0
20341

MALAYSIA memang sering dilambakkan dengan filem seram. Bagaimanapun majoriti karya yang disogokkan kepada penonton kurang memuaskan. Kebanyakan filem seram tempatan mengulangi formula serupa ataupun lebih menjual nama-nama pelakon popular. Namun masih terdapat naskhah yang boleh dibanggakan. Pepatung ada senarainya.

THN_4891-c

Pemilihan kami tidak berlandaskan tahap keseraman semata-mata mahupun kekerapan penampakan hantu di depan kamera. Penilaian dibuat berdasarkan keaslian dan keunikan jalan cerita, persembahan para pelakon, pengaruh dan impaknya terhadap industri perfileman seram tanah air serta kekuatannya untuk diangkat sebagai filem seram berpengaruh bersifat malar segar.

Filem seram apakah yang menjadi pilihan anda? Tinggalkan cadangan dan pandangan anda di ruangan komen di bawah.

Sebelum17/21Seterusnya

5) Misteri Rumah Tua (1987)

misteri-rumah-tua-posterFOTO: LEKATLEKIT

Kalau kini kita gelar Maya Karin sebagai ‘ratu filem seram’, tetapi dahulu industri kita memiliki Noor Kumalasari. Filem menonjolkan kehebatan Noor Kumalasari menerajui watak hantu. Malah filem ini juga dijulang sepakat generasi X sebagai naskhah paling seram pernah dihasilkan karyawan tempatan.

Bagaimanapun Misteri Rumah Tua merupakan karya kerjasama produksi Malaysia dan Indonesia. Maka ia menjadi popular di kedua-dua buah negara.

Bagi yang tidak pernah menonton Misteri Rumah Tua, ia berkisar tentang sekumpulan remaja yang diganggu hantu (roh perempuan yang tidak tenteram) ketika menumpang di sebuah banglo lama. Hantu itu ingin menuntut bela atas kematiannya yang dirogol dan dibunuh ketika sedang hamil.

Beberapa babak dalam filem ini kekal menjadi sebutan sehingga ke hari ini. Antaranya ialah ketika kepala Noor Kumalasari berpusing dan ketika dia melahirkan anak dari mulut.

TINGGALKAN RESPONS