21 Filem Seram Malaysia Terbaik Sepanjang Zaman

0
20647

MALAYSIA memang sering dilambakkan dengan filem seram. Bagaimanapun majoriti karya yang disogokkan kepada penonton kurang memuaskan. Kebanyakan filem seram tempatan mengulangi formula serupa ataupun lebih menjual nama-nama pelakon popular. Namun masih terdapat naskhah yang boleh dibanggakan. Pepatung ada senarainya.

THN_4891-c

Pemilihan kami tidak berlandaskan tahap keseraman semata-mata mahupun kekerapan penampakan hantu di depan kamera. Penilaian dibuat berdasarkan keaslian dan keunikan jalan cerita, persembahan para pelakon, pengaruh dan impaknya terhadap industri perfileman seram tanah air serta kekuatannya untuk diangkat sebagai filem seram berpengaruh bersifat malar segar.

Filem seram apakah yang menjadi pilihan anda? Tinggalkan cadangan dan pandangan anda di ruangan komen di bawah.

Sebelum20/21Seterusnya

2) Munafik (2016)

Munafik poster

Sebuah karya seram Syamsul Yusof dan baru ditayangkan awal tahun ini. merupakan pemegang rekod pecah panggung tertinggi dengan kutipan RM19 juta, meleburkan rekod Polis Evo (RM17.4 juta).

Susulan kejayaan Khurafat, penonton meletakkan jangkaan tinggi terhadap Munafik. Ternyata ia tidak mengecewakan, malah dari segi penjiwaan watak, Munafik lebih terkesan berbanding Khurafat. Lakonan hebat Nabila Huda sebagai Maria berjaya menutup semua cela filem ini.

Babak Maria memandu seorang diri dengan keretanya terhenti di dalam sebuah terowong sangat mendebarkan. Apabila dia diganggu oleh lembaga kanak-kanak dan sebiji bola yang melantun-lantun dengan sendirinya, penonton sudah kecut perut.

Bagaimanapun terdapat beberapa persamaan dan pengulangan formula yang ditampilkan Syamsul dalam Munafik. Babak di dalam bilik mayat dan mendukung mayat hampir menyamai situasi di dalam filem Khurafat. Cuma Munafik menambah beberapa adegan seram yang lebih epik, terutama ketika Syamsul (watak Adam) menggali semula kubur isterinya di waktu malam dan membawanya pulang ke rumah.

Sekali lagi Syamsul bermain dengan psikologi penonton apabila memutar penceritaan dengan klimaks dan kesudahan di luar sangkaan penonton.

TINGGALKAN RESPONS