21 Filem Seram Malaysia Terbaik Sepanjang Zaman

0
20922

MALAYSIA memang sering dilambakkan dengan filem seram. Bagaimanapun majoriti karya yang disogokkan kepada penonton kurang memuaskan. Kebanyakan filem seram tempatan mengulangi formula serupa ataupun lebih menjual nama-nama pelakon popular. Namun masih terdapat naskhah yang boleh dibanggakan. Pepatung ada senarainya.

THN_4891-c

Pemilihan kami tidak berlandaskan tahap keseraman semata-mata mahupun kekerapan penampakan hantu di depan kamera. Penilaian dibuat berdasarkan keaslian dan keunikan jalan cerita, persembahan para pelakon, pengaruh dan impaknya terhadap industri perfileman seram tanah air serta kekuatannya untuk diangkat sebagai filem seram berpengaruh bersifat malar segar.

Filem seram apakah yang menjadi pilihan anda? Tinggalkan cadangan dan pandangan anda di ruangan komen di bawah.

Sebelum9/21Seterusnya

13) Histeria (2008)

histeria_option2_v6FOTO: FIDALIAS

Sebuah filem ‘cemas’ yang sebenarnya perlu diberi peluang dan tidak dinilai berdasarkan judulnya sahaja. menggabungkan bakat-bakat ranum ketika itu; Liyana Jasmay, Scha Al-Yahya dan Yana Samsuddin yang memainkan peranan gadis sekolah yang bersahabat di sebuah asrama perempuan.

Kisah kerasukan dan pelajar asrama perempuan mengalami histeria tidak asing dalam pengetahuan masyarakat tempatan. Maka ia dijadikan sandaran untuk mengumpan penonton menyaksikan karya seram arahan James Lee ini. Babak-babak seram dipertontonkan dengan baik biarpun kebanyakannya mudah ditelah penonton.

Histeria sedikit menonjol dan jauh berkualiti jika dibandingkan dengan formula cerita seram yang menggunakan asrama dan sekumpulan pelajar diganggu makhluk halus gara-gara kenakalan. Penamat filem ini juga menambah misteri dan membuatkan penonton berteka-teki tentang kejadian sebenar.

TINGGALKAN RESPONS