5 calon pelakon Coffee Prince versi Malaysia selain Fattah Amin

1
3105

SEDEKAD yang lalu, drama Korea Selatan (Korea), Coffee Prince mencetuskan fenomena. Drama 17 episod itu mula bersiaran pada awal Julai 2007 di Korea. Malaysia pula menyiarkan drama arahan Lee Yoon Jung pada 2010 menerusi saluran Animax Asia.

Selepas 10 tahun, pengarah tempatan, Michael Ang mendedahkan bakal mengadaptasi karya tersebut dalam versi Malaysia. Pastinya peminat drama tersebut dan barisan fanatik terajunya, Gong Yoo tidak sabar untuk menyaksikan Coffee Prince lakonan pelakon tanah air.

Bagaimanapun, reaksi peminat mula berubah apabila Michael mengumumkan barisan pelakon yang bakal menjayakan drama tersebut. Selain Janna Nick yang dikhabarkan akan memainkan peranan Ko Eun Chan (lakonan Yoon Eun Hye), Fattah Amin turut tersenarai dan diberikan tanggungjawab menggalas karakter Choi Han Gyul (Gong Yoo).

Sebahagian peminat mempersoalkan keupayaan Fattah membawa watak popular tersebut. Memandangkan mutu lakonan Gong Yoo yang jauh lebih hebat, para peminat khuatir usaha Michael untuk menghasilkan Coffee Prince versi Malaysia akan mencemarkan kredibiliti drama tersebut.

Sekiranya anda diberi pilihan untuk menggantikan Fattah dengan pelakon lain, siapakah pilihan anda? Berikut merupakan senarai pelakon yang mungkin boleh dipertimbangkan.

1) Shukri Yahaya

FOTO/

Hero Malaysia yang sedang meningkat naik. Lakonan aktor berusia 29 tahun ini sentiasa dipuji penonton. Seorang pelakon yang versatil dan mampu menjayakan pelbagai watak. Sama ada watak lelaki psiko, romantik atau penyabar, semuanya telah dibuktikan Shukri menerusi drama-drama hebat seperti 7 Hari Mencintaiku dan Andainya Takdir.

FOTO/EMAJALAH2U

Bayangkan Shukri sebagai Han Gyul? Dia bukan sahaja mampu berhumor dalam lakonan dan membuatkan penonton tersenyum sendirian, malah boleh menjentik emosi penonton dalam babak-babak sedih dan kecewa. Wajah pun kacak!

2) Izzue Islam

FOTO/

Biarpun kerjaya nyanyian Izzue bersama Forteen lebih diingati. Namun, jangan lupa bahawa Izzue pernah memenangi trofi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik untuk filem 29 Februari pada Festival Filem Malaysia ke-25 (2013). Lakonannya sebagai Firash Arshad dalam drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia! (TV3) juga membuktikan bahawa dia memiliki aura untuk menarik minat penonton.

3) Nazim Othman

FOTO/

Barangkali ramai kurang berminat untuk melihat Nazim membawakan watak utama. Pada usia 32 tahun, Nazim merupakan calon paling ideal untuk mencerminkan karakter Han Gyul. Minatnya terhadap dunia hiburan Korea juga bukan lagi rahsia. Nazim seorang pelakon yang komited terhadap kerja.

FOTO/

Lihat sahaja keberkesanan Nazim membawa watak Bazli Aiman dalam drama Dejavu Di Kinabalu (TV3) pada 2012. Wajah iras-iras orang Korea, bertubuh tinggi dan matang dalam industri lakonan. Sayang peluang sebegini tidak diberikan kepada Nazim.

4) Aiman Hakim Ridza

FOTO/

Wajah yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat drama TV tempatan. Aiman boleh dikategorikan sebagai pelakon baharu underrated. Dia mempunyai bakat lakonan semula jadi lengkap dengan wajah tampan dan ketinggian. Pakej sebagai ‘hero’ itu memang ada, cuma ia belum benar-benar dihargai penonton. Sekiranya diberi naskhah yang baik, tidak mustahil nama Aiman akan melonjak dan berdiri sebaris nama-nama popular masa kini.

5) Syafiq Kyle

FOTO/

Mula disebut-sebut sebagai pelakon berpotensi besar selepas muncul dalam Tanah Kubur. Hanya pada tahun ini, menerusi dua drama, Suamiku Paling Sweet (TV3) dan Mencintaimu Mr. Photographer (Astro Ria), penonton mula menyedari bakat lakonan aktor berusia 25 tahun ini. Syafiq merupakan bukti bahawa bakat dan kemahiran mampu membawa nama ke peringkat lebih tinggi, sama ada cepat atau lambat.

 

Nota: Semoga Fattah Amin mampu membawakan watak Han Gyul dengan cemerlang sekali gus menutup mulut pihak yang mempertikaikan kemampuan lakonannya. Good luck Fattah!

1 KOMENTAR

  1. Pada pendapat sy, Nazim Othman lebih layak melakonkan watak Han gyul. Bukan sbb sy meminatinya tp bentuk tubuh, serta muka beliau lebih sesuai utk membawa watak tersebut kerana terdpat sedikit bhgn wajah nya sperti pelakon korea. Sy ada melihat beberapa drama yg dilakonkan beliau dan sy mendpati beliau blh membawa apa jua watak yg ditawarkan. Ekspresi wajah pelakon korea ketika dlm keadaan tertekan, blh buat muka romantis, menangis, ketawa, gembira, tenang, pendiam dlm drama mereka terdapat pd Nazim Othman. Ciri2 ini lebih sesuai kalau Nazim yg buat..

    Balas

TINGGALKAN RESPONS