PERCERAIAN yang berlaku secara tiba-tiba antara pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Daly menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan khalayak.

Biarpun baik Nazim mahupun Bella masih mengunci mulut mengenai sebab utama mereka berpisah, namun, ia tidak menghalang abang kepada Bella, iaitu Affendy Ali untuk bersuara.

Menerusi kemas kini di Instagramnya, Affendy memuji Bella yang sentiasa berada dalam keadaan tenang walaupun musibah datang melanda hidupnya.

A post shared by () on

Beberapa minggu kebelakangan ini, adik saya sibuk dengan kerja. Dalam masa yang sama, dia juga terpaksa melalui proses perceraian.

Namun, dia tetap melalui perkara tersebut dengan kuat dan elegan, seperti seekor angsa putih yang ingin terus terapung di atas air.

Apapun, hari-hari yang teruk telah berlalu, dan harimau tidak boleh mengubah belangnya,” begitu kata-kata kiasan yang ditulis oleh Affendy.

Bella dan Nazim mendirikan rumah tangga pada 10 September 2016.

Berita pengumuman perceraian mereka dibuat oleh Nazim pada 17 Mei lalu menerusi kemaskini di Instagramnya.

KONGSI
Artikel sebelumnyaMohamed Elias setiausaha baharu SPR
Artikel seterusnyaArtis lelaki berstatus suami suka melayan pondan?
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS