PIHAK polis masih menunggu keputusan patologi berhubung pil yang dijumpai dalam beg tangan pelakon, Uqasha Senrose baru-baru ini.

Memetik laporan Utusan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya perlu mengambil keputusan teliti sebelum melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

Buat masa sekarang kita hanya menunggu laporan patologi dari hospital dan kita tidak tahu bila akan keluar.

Sebaik sahaja kita dapat, kita akan terus bawa kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Sebelum ini, Uqasha ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis erimin 5 selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Dr. Ismail pada 6 Mei lalu.

SUMBERTusan
  • TAG
  • Uqasha Senrose
KONGSI
Artikel sebelumnyaJika batal HSR, kerajaan perlu bayar pampasan RM500 juta
Artikel seterusnyaSiapa pula Faizi Khairudin dalam hidup Syafiq Kyle?
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS