PENYANYI pop sensasi, Lady Gaga mengaku pernah diperkosa sewaktu zaman remajanya. Pelantun lagu Born This Way itu berkata, dia terpaksa menjalani terapi selama bertahun-tahun bagi memulihkan dirinya yang trauma akibat kejadian hitam tersebut.
“Saya melalui perkara yang sangat teruk sehingga menyebabkan saya tergelak jika mengingatinya sekarang. Saya telah menjalani banyak terapi mental dan fizikal untuk memulihkan diri saya dalam jangka masa beberapa tahun,” katanya kepada penyampai radio Howard Stern ketika figura itu bertanyakan apa yang menyebabkan dia terinspirasi untuk menulis lagu Swine.
Tambah penyanyi itu: “Pada satu tahap, saya adalah cengkerang kepada diri lama saya. Saya tidak menjadi diri sendiri. Ketika itu, saya baru berusia 19 tahun. Pada waktu itu juga, saya belajar di sekolah Katolik di mana semua benda-benda gila sering terjadi.
“Pada telahan saya, ini mungkin perkara biasa bagi orang dewasa. Saya sangat naif sehingga bila umur saya sedikit dewasa, baru saya sedar perkara itu (diperkosa) adalah satu perbuatan yang menjijikan. Dia 20 tahun lebih tua daripada saya ketika itu,” ujarnya panjang lebar.