Lavida Raya lagu raya DSV memang menghiburkan

0
478

JUTAWAN kosmetik, Dato Seri Vida (DSV) muncul dengan lagu raya berjudul Lavida Raya. Muzik video yang dimuat naik di laman YouTube Seventeen Eleven Music sejak semalam itu merekodkan lebih 50,000 kali tontonan.

Menariknya, Lavida Raya yang dicipta Cat Farish dan Mohd Hilmi menggabungkan semangat raya dan Piala Dunia 2018 yang bakal diraikan serentak.

Muzik rancak dengan lirik yang mudah diingati pasti akan membuatkan lagu ini menjadi siulan ramai pada hari raya tahun ini. Muzik videonya juga menghiburkan terutama dengan penampilan kedua-dua anak DSV yang setia melayani telatah ibu mereka.

TINGGALKAN RESPONS