Peminat hantar gambar bogel kepada As’ad Motawh

17
6239

NAMA pendatang baharu industri muzik tempatan, As’ad Motawh semakin meniti di bibir anak-anak gadis. Wajahnya yang dikatakan mirip Justin Bieber membuatkan As’ad menjadi kegilaan perempuan.

FOTO/BY.AMERSAJIM

Baru berusia 16 tahun, As’ad Ahmed Mohamed Motawh sudah melancarkan single pertamanya berjudul sebulan yang lalu. Dalam tempoh itu juga, muzik videonya berjaya mencecah hampir 3 juta tontonan.

Rentetan populariti kilat itu, As’ad memilih untuk belajar di rumah (homeschool). Bekas pelajar SMK Datok Lokman itu juga nekad untuk fokus terhadap karier muziknya.

“Memang saya bercita-cita untuk menjadi penyanyi. Ini kerjaya yang saya pilih untuk jangka panjang. Jika berpeluang menyambung pengajian kelak, saya tetap akan memilih bidang muzik.

“Harapan saya adalah untuk menjadi komposer dan penyanyi yang baik. Sejak beberapa bulan yang lalu, saya mula mencuba menggubah beberapa lagu dan mengasah kemahiran bermain pelbagai alat muzik,” kongsi As’ad yang mengagumi bakat Wansaleh, Haqiem Rusli dan Ed Sheeran.

FOTO/BY.AMERSAJIM

Anak ketiga daripada empat adik-beradik itu amat menggemari lagu bergenre pop dance. Malah dia mengakui pernah aktif menari di bangku sekolah rendah sebelum mula menyanyi secara suka-suka tahun lepas.

Video As’ad menyanyikan lagu Shape of You (Ed Sheeran) yang dimuatnaik di laman instagramnya mencuri perhatian pihak pengurusan BeeGood Music.

“Sekarang kaku sedikit bila menari dan saya lebih berminat terhadap bidang muzik. Saya mula belajar main gitar menerusi YouTube sejak di tingkatan 2.

“Saya serius dalam bidang nyanyian dan telah mengikuti kelas vokal bersama tenaga pengajar profesional. InsyaAllah single kedua akan dirakamkan sekitar hujung tahun ini,” tambah As’ad yang akan ke Indonesia pada Oktober depan untuk kerja-kerja promosi.

FOTO/BY.AMERSAJIM

Kesan populariti yang diterima membuatkan As’ad lebih berhati-hati ketika keluar rumah. Dia cuba mengelak pergi ke tempat-tempat sesak seperti pusat beli-belah Suria KLCC dan Pavilion.

Pernah suatu ketika, dia diserbu para peminat perempuan di KLCC yang menjerit-jerit memanggil namanya. Bukan bimbang, takut atau rimas dengan respons sebegitu, sebaliknya As’ad berasa segan dengan orang sekeliling.

Apatah lagi apabila ramai orang membandingkan dirinya dengan Justin Bieber. Betapa kerdil dirinya, dan apabila disamakan sedemikian, As’ad menganggap ia sebagai satu penghormatan.

“Komen-komen berbentuk penghinaan atau menjatuhkan itu memang banyak. Ada yang komen suara sumbang dan sebagainya. Tapi saya ambil kritikan itu untuk memajukan diri.

“Saya tidak cepat melatah dan pastikan setiap tindakan yang diambil tidak memberikan kesan buruk terhadap kerjaya seni yang baru bermula.

FOTO/BY.AMERSAJIM

“Begitu juga dengan peminat-peminat perempuan yang mengirim mesej menerusi instagram. Saya akan pastikan saya membalas sekurang-kurangnya tiga mesej setiap hari.

“Ramai juga yang mesej meluahkan perasaan mereka kepada As’ad. Ada yang menulis ucapan I love you dan paling mengejutkan, ada yang menawarkan diri untuk berkahwin dan mempunyai anak bersama As’ad.

FOTO/BY.AMERSAJIM

“Pernah juga As’ad menerima mesej peminat yang menyertakan gambar bogel mereka dengan ayat-ayat yang kurang sopan. Memang As’ad terus block mesej sebegitu,” cerita As’ad yang pernah menerima hadiah berupa potret Will Smith yang dihasilkan peminatnya bernilai AS$1,000 (RM4,188).

Mungkin ramai yang ingin tahu, adakah As’ad sudah mempunyai teman wanita?

“Saya single dan selesa begini kerana mahu fokus terhadap kerjaya. Pernah bercinta, tetapi hanya bertahan selama setahun,” As’ad berterus-terang.

17 KOMENTAR

  1. asad😻❤️tk heran la klau rmai pompuan gile2 kan asad nk😛🌈cause mmg terselah pun kekacakan nye disitu👀🌸suara sedap🤤🖤tak sombong🍃✨tkde pun nk mrahkan fans2 die🙂💓respect sgt ngn die ni🤡💕so stay cute yahh!!🙄💟stay handsome🙆🏼💞congrats for 3m😍iloveyou asad!!🐒❣️

    Balas
  2. single😂❤️sejujurnye kan😂yana sendiri pun pnh dm die then tulis “iloveyou as’ad🙃🖤” normal la enn😂klau dh rupa die helokk😍🌸apetah lagi hati die🤤💕tk heran la klau rmai perempuan tergile2 kt asad ni🙆🏼cause mmg teserlah die punye kekacakan die😻💞stay cute yahh🤡✨stay handsome😛🌈congrats for 3m✨🌈❤️

    Balas
  3. All the best As’ad Motawh ❤ We (Asadnizers) will always support you no matter wht happen. keep smiling bcs i wanna smile with you i wanna laugh with you we never knew all the good that a simple
    smile can do 😄 I love you.

    Pepatung best brand ever ✨

    Balas
  4. Keep going asad. Abaikan kritikan sekeliling. U can chase your dream. Sentiasa ada untuk asad kejar impian asad walaupun masih muda. Tak jadi halangan kay. Waktu muda ni lahh kita nak happy right? Teruskan usaha. Fans asad akan tetap sokong dari belakang. Hope akan berjumpa dengan asad✌chaiyokkkk

    Balas
  5. I love u asad good luck untuk karirnya😊
    Jgn mengeluh yaa
    Kita semua mendukungmu😊💕
    Jgn bercinta dlu sebelum karirmu melesat krna cnta tak menyelesaikan masalah hhha apa si ga jls😀

    Balas
  6. Haha kesian, tpi tk pe , masih ade lgi peminat yg sntiasa sokong as’ad di belakang . seperti saya 🙌🌈

    Balas
  7. Komen:stay strong Asad and good luck your future we akan support dari blkg u just teruskan nyanyian awak dan lupakan kritikan disekeliling mu and i hope u dpt sing at sabah di kinabatangan nii..haha
    Haha..sookayy Asad lupakan semuanya apa yg berlaku and i want see your smile and i want see your laugh….DO THE BEST…:-) ™

    Balas
  8. Yg menjdi tanda tanya aku, camne pompuan² boleh nombor telefon asad 😕.. btw, Asad don’t give up, 😉 abaikan bdk² camtu.. pompuan sekarang sanggup korbankan apa saja utk puaskan nafsu dia ( sesetengah org jlh )

    Balas

TINGGALKAN RESPONS