ADIK kepada pengacara dan pelakon Neelofa, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan telah melancarkan jenama kosmetiknya, LMK Cosmetics awal Mei lalu.
Menerusi video pengenalan tentang produknya, Ameera ada menyebut: “I hope you guys love using them as much as I enjoyed creating them”.
Agak familiar bukan? Tentulah, dialog tersebut mirip kata-kata ucapan yang ditulis oleh Kylie Jenner jika anda membeli barangan daripada Kylie Cosmetics.
Menerusi kad ucapannya, Kylie berkata: “I hope you enjoy using it as much as I enjoyed creating it.”
Persamaan tersebut diluahkan oleh beberapa pengguna Instagram yang menulis komen di video berkenaan:
Selain meniru ucapan Kylie Jenner (dan ada juga yang mengatakan cara percakapan Ameera juga persis Kylie Jenner), terdapat beberapa persamaan antara produk Ameera dan adik tiri kepada Kim Kardashian itu. Antaranya packaging dan cara ia dipasarkan di Instagram.
Sebelum ini, Ameera diberi jolokan Kylie Jenner Malaysia menerusi rutin harian dan kemas kininya di Instagram. Bagaimana pula pendapat anda? Adakah LMK Cosmetics perlu mencari identiti sendiri?