RAMAI yang bertanya berkenaan pemilihan syampu yang bersesuaian. Sama ada ia diukur berdasarkan jenama, cara penggunaan atau jenis syampu, pastinya fungsinya dalam memberikan kesihatan dan kecantikan kepada rambut adalah perkara utama.
Berikut merupakan tip-tip bagi memudahkan anda memilih syampu yang sesuai mengikut jenis rambut dan produk.
1) Jenis rambut
Sebelum memilih produk dan cara penggayaan yang sesuai, kenali jenis rambut anda terlebih dahulu. Terdapat tiga jenis rambut:
- Halus (fine): Kurang volume, lebih leper (flat) dan mudah putus. Kebiasaannya ia dimiliki oleh orang di negara-negara Barat.
- Sederhana (medium): Lembut tetapi tahan lasak dan mempunyai volume yang lebih berbanding rambut nipis. Ia merupakan rambut yang dimiliki oleh majoriti penduduk benua Asia.
- Kasar (coarse): Memiliki struktur yang kasar, kuat dan degil berbanding rambut halus dan sederhana. Mudah rosak dan memerlukan perhatian ekstra.
2) Jenis produk
Jika anda memiliki rambut normal, pilih syampu daripada jenis clear formula. Kebiasaannya di luar setiap botol syampu mempunyai label sama ada deep cleansing, light atau volume. Struktur syampu jenis ini kelihatan lebih cair dan jelas. Rambut akan terasa lebih ringan selepas dicuci dan kulit kepala akan rasa lebih bersih.
Syampu jenis berkrim pula lebih sesuai untuk rambut kering atau keriting. Formulanya yang pekat dapat memberikan kelembapan optimum secara menyeluruh. Elakkan menggunakan syampu jenis ini jika rambut anda berstruktur normal. Cecairnya yang berat kurang sesuai untuk anda. Ia akan mengakibatkan rambut kelihatan leper dan tidak bermaya.
Bagi yang berkulit kepala sensitif pula, cuba selang-selikan syampu harian dengan rangkaian produk khas seperti syampu kelemumur atau deep cleansing. Syampu jenis ini lebih tertumpu kepada masalah kulit kepala dan tahap pH yang terdapat di dalam syampu ini lebih berakali berbanding syampu biasa.
Ia memberikan hasil kuasa pembersihan yang lebih tinggi dan membantu menyelesaikan masalah kulit kepala anda. Namun teruskan juga mengguna syampu yang sesuai dengan jenis rambut bagi menjamin kelembapan rambut.
Jangan takut untuk mencuba seberapa banyak jenis syampu yang terdapat di pasaran sebelum membuat pilihan. Kata orang rambut sama hitam, namun penjagaan tak semestinya sama. Syampu mahal tidak semestinya terbaik buat anda. Dan yang murah juga belum tentu kurang memuaskan.
Jika betul caranya, jenama biasa-biasa pun boleh memberi kesan setanding produk antarabangsa yang semestinya menggunakan bahan berkualiti tinggi.
Nice info 🙂
Tengah fikir, saya ni jenis rambut mcm mana ya..agaknya kering kot
Nonhtig I could say would give you undue credit for this story.