Inovasi GenOptics tingkatkan seri kulit

0
36

JENAMA produk kecantikan antarabangsa, SK-II tampil dengan penemuan baharu yang mampu membantu wanita mendapatkan kulit bebas cela, lebih cerah dan lebih berseri. Penemuan tersebut digelar GenOptics.

Ia menggabungkan dua kehebatan bidang sains iaitu genomik dan penglihatan (optik). Genomik merujuk kepada kajian ekspresi gen sel kulit dan bagaimana ia mempengaruhi asas pertumbuhan kulit seperti protein dan enzim. Sains optikal pula mengkaji tentang tindak-tanduk cahaya dalam atau pada kulit dan bagaimana ia mempengaruhi penampilan kulit.

Kombinasi dua cabang sains itu lantas mencetuskan rangkaian produk penjagaan kulit terbaik bagi membantu mengurangkan bintik hitam dan kegelapan dari dalam sekali gus menjadikan kulit lebih berseri. Adaptasi teknologi baharu itu dapat dirasai dalam tiga produk terkini SK-II.

1) Cellumination Aura Essence

CELLUMINATION AURA ESSENCE
Penggunaan yang kerap mampu mengurangkan kehitaman bagi membantu meningkatkan seri kulit dari dalam. Berdasarkan penyelidikan sains oleh SK-II, kulit akan menjadi gelap dari semasa ke semasa. Semakin gelap kulit anda, semakin sukar bagi membebaskan seri dalaman.

Justeru SK-II berjaya mengenal pasti solusi kepada permasalahan tersebut. Dalam setiap sel kulit, terdapat partikel serakan cahaya dipanngil faktor cahaya sel. Kunci kepada pembebasan sinar dalaman adalah faktor kejernihan sel yang bertanggungjawab mengawal kejernihan kulit dengan mengawal melanin, mengurangkan kehitaman dan membenarkan kulit menjadi lebih berseri dari dalam (lapisan epidermis).

Bagi mengawal perubahan faktor cahaya sel dan kejernihan sel tersebut, SK-II telah memformulasikan kompleks aktif dipanggil soft aura white bertujuan mencapai aura radiance. Gabungan bahan unik seperti concentrated pitera dengan ekstrak ume, pixel-white, niasinamida dan de-melano P3C, sebatian kompleks ini berupaya mengurangkan dua faktor selular dan memperbaiki kegebuan kulit, glikasi protein dan kadar melanin dalam kulit.

Esen ini tidak hanya mengurangkan halangan cahaya kepada kulit, malah ia turut berfungsi sebagai penyebar cahaya ke permukaan kulit.

Harga: RM524 (30ml)

2) Auractivator CC Cream

SK-II AURACTIVATOR CC CREAM
Krim Complete Correction (CC) ini memberikan tiga faedah; keserian segara kepada kulit, mengurangkan melanin yang menghasilkan bintik hitam pada lapisan dalaman kulit dan melindungi kulit daripada kerosakan akan datang bersama perlindungan daripada sinar ultraungu (UV).

SK-II telah menghasilkan ilusi optik pigmen halus mutiara yang menyebarkan cahaya bagi menghasilkan aura seri yang lembut pada permukaan kulit. Kesan segar kepada kulit seterusnya diperhebatkan dengan formulasi tahan lama menerusi penggunaan polimer yang membolehkan kulit kekal bernafas dan berseri sehingga 12 jam.

Biarpun permukaan kulit dirawat secara kosmetik, koktel soft aura white SK-II yang bertindak dari dalam membantu meningkatkan faktor kejernihan sel bagi menjadikan kulit lebih berseri. Ia turut meningkatkan faktor cahaya sel yang memanipulasi cahaya dalam kulit untuk sebaran cahaya optimum serta perlindungan UV tertinggi.

Produk dengan lima manfaat dalam satu ini membantu mengaktifkan aura, melindungi kulit dengan SPF50, meratakan cela, melembap dan menambah seri kulit dengan mutiara mikro berwarna-warni. Aura seri dalaman kulit juga dapat diperbaiki dalam tempoh empat minggu.

Harga: RM274 (30g)

3) Whitening Power Spots Specialist

WHITENING POWER SPOTS SPECIALIST
Dalam usaha untuk menyelsaikan masalah bintik hitam, SK-II mendapati bahawa kewujudan bintik hitam adalah satu kitaran semula jadi. Apabila wanita meningkat usia, bintik hitam muncul dari dalam sekali gus merosakkan kulit di luar. Apabila kitaran bermula, lebih banyak bahagian kulit akan rosak. Semakin banyak bintik hitam muncul, kitaran tersebut akan berterusan.

Justeru, SK-II menemui kunci kepada penyelesaiannya adalah dengan menghentikan kitaran tersebut. Bagi merealisasikan hasrat itu, SK-II telah menghasilkan satu formula yang merawat kulit dari dalam dengan langkah serampang dua mata menggunakan de-melano P3C dan inositol. Dua bahan tersebut membantu mengurangkan bintik hitam. DPG, oats essence, YPC dan bahan utama SK-II, pitera pula digunakan untuk merawat kerosakan.

Dengan penggunaan sebotol produk ini, anda dapat melihat bahawa bintik hitam akan mula berkurangan kerana ia membantu menghentikan kitaran penghasilan melanin pada kulit dan kerosakan melanin.

Harga: RM419 (30ml)

Kesemua produk di atas kini boleh didapati di semua kaunter SK-II seluruh negara.

  • TAG
  • cellumination aura essence
  • genoptics
  • krim cc auractivator
  • SK-II
  • Whitening Power Spots Specialist
KONGSI
Artikel sebelumnyaCoco Rocha selamat melahirkan anak sulung, Ioni James Conran
Artikel seterusnyaJenama Marc by Marc Jacobs dihentikan pengeluaran
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS