Keajaiban alam Pulau Jeju kini di Malaysia

PERHATIAN kepada pencinta produk kecantikan berasaskan ramuan semula jadi. Jenama nombor satu dari Korea yang terkenal dengan penggunaan kandungan semula jadi, Innisfree kini boleh didapati di Malaysia.

Tidak dinafikan, lambakan produk kecantikan dengan janji-janji manis membuatkan ramai golongan wanita sedikit berpatah hati dengan kemasukan jenama baharu. Justeru, Pepatung menyenaraikan kebaikan Innisfree yang pasti tidak akan mengecewakan anda.

 

1) Khazanah Pulau Jeju: Selain popular dalam kalangan pelancong, Pulau Jeju sebenarnya menyimpan khazanah alam yang masih terpelihara sehingga ke hari ini. Malah, kesemua ramuan asas semula jadi rangkaian produk Innisfree datangnya dari pulau ini. Segalanya bermula pada tahun 1979 apabila jenama ini mentransformasikan sebuah kawasan terbiar berbatu kepada ladang teh hijau yang bebas daripada sebarang penggunaan racun perosak.

2) Bahan semula jadi: Produk daripada rangkaian Green Tea Pure pada tahun 2008 adalah bukti kepada komitmen Innisfree terhadap keutamaannya dalam menggunakan ramuan semula jadi dalam setiap keluarannya. Selain teh hijau asli Jeju, Innisfree turut menerapkan penggunaan mustard laut, skoria volkanik, kulit limau Mandarin, kacang soya hijau, canola, kamelia, Jejubija (buah pala), pitonsida Gotjawal dan barli hijau.

Kesemua ekstrak bunga, tumbuh-tumbuhan, hasil bumi gunung berapi dan rumpai laut yang digunakan Innisfree banyak membantunya meraih populariti besar di seluruh negara termasuk China, Hong Kong, Singapura dan Taiwan.

3) Bebas bahan berbahaya: Rangkaian produk Innisfree menggunakan 4 Free System. Ia merupakan sistem yang membolehkan produknya bebas daripada paraben, ekstrak haiwan dan minyak mineral agar faedah-faedah semula jadinya dapat dimaksimumkan dan dalam masa yang sama meminimumkan kemungkinan kerengsaan kulit.

Barisan penjagaan kulit dengan lapan solusi holistik Innisfree pasti menjadi kegemaran ramai. Antara bintang jenama ini adalah Green Tea Seed Serum (Green Tea Line untuk pelembapan), Super Volcanic Pore Clay Mask (Jeju Volcanic Line untuk penjagaan liang pori) dan Eco Science White ‘C’ Pore Double Serum.

4) Sokongan bumi hijau: Dalam usahanya memelihara keseimbangan alam semula jadi, Innisfree memilih untuk menggunakan bahan-bahan mesra alam. Bekas rendah karbon bersama pembungkusan 100 peratus kitar semula dan label kulit limau Mandarin guna semula diinovasikan demi kepentingan serta kepekaannya terhadap alam semula jadi. Justeru, sambil anda menikmati manfaat mengagumkan produk-produknya, anda juga sebenarnya menyumbang kepada pemeliharaan dan pemuliharaan bumi agar kekal hijau.

Bagi meraikan pembukaan pintu pertamanya di negara ini, para pelanggan terawal juga berpeluang untuk mengabulkan impian bagi bertemu bintang ternama Korea, Lee Min Ho!

Caranya mudah. Anda hanya perlu berbelanja RM300 ke atas dalam satu resit di butik kecantikan Innisfree, Sunway Pyramid, Kuala Lumpur dan sebuah beg mesra alam (eco-bag) edisi terhad akan menjadi milik anda. Setiap beg yang ditawarkan menerusi konsep ‘siapa cepat, dia dapat‘ ini mengandungi cenderamata istimewa berupa Green Tea Balancing Kit dan buku fotografi Lee Min Ho edisi terhad. Jika tuah menyebelahi anda, mungkin beg anda mengandungi jemputan ke Festa 2015 dan mempertemukan anda dengan Lee Min Ho secara langsung!

Daripada ratusan beg mesra alam tersebut, hanya 100 unit yang mengandungi peluang keemasan bertemu Lee Min Ho. Untuk maklumat lanjut tentang Innisfree, layari laman Facebook .

Innisfree Malaysia: G1.70, Aras G (Orange Zone), Sunway Pyramid, No. 3 Jalan PJS11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor