Saat Yang Sesuai Menggunakan Penggaris Bibir

0
28

PEMERAH bibir merupakan salah satu alat solek yang sangat penting bagi setiap wanita. Namun, adakah anda sedar bahawa penggaris bibir juga turut memainkan peranan yang sama penting bagi mendapatkan efek bibir yang mungil?

Begitupun, pasti ramai tertanya-tanya, bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan penggaris bibir?

Jika anda mempunyai bibir yang nipis dan tidak sekata. Menggariskan bibir anda dengan warna penggaris bibir yang lebih gelap mampu memberikan kesan bibir yang lebih tebal. Namun, elakkan menggaris di luar kawasan bibir.

Jika pewarna bibir anda mempunyai efek basah atau kemasan berkilat. Pewarna bibir seperti ini mudah mencomotkan bibir anda. Untuk mengelakkan warna pemerah bibir daripada luntur, anda boleh menggariskan bibir dengan pensil berona ros, sebelum menepuk dengan lembut pelindung cela ke atas kedua bibr. Debu-debu pelindung cela tersebut mampu ‘memegang’ tekstur pemerah bibir untuk bertahan lebih lama.

Jika anda mahu pemerah bibir bertahan tanpa perlu mengulas oles. Teknik menggaris bibir mampu mengekalkan warna pemerah bibir dalam jangka masa yang lama.

Jika anda kehabisan pemerah bibir. Biasanya, penggaris bibir adalah pemerah bibir bertekstur kusam. Justeru, pilih pensil yang bermata besar dan sapu warna dengan menggunakan berus lembut.

KONGSI
Artikel sebelumnya7 Permainan Epik Zaman Kanak-Kanak
Artikel seterusnyaStailista cilik yang perlu diikuti di Instagram
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS