SETIAP kali tiba tarikh tayangan filem popular, pasti kita mahu menjadi antara individu pertama datang menonton. Tidak hanya teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai filem berkenaan, dalam masa sama, kita juga mahukan pengalaman menonton yang lancar tanpa sebarang gangguan.
Begitulah yang diharapkan oleh seorang pengguna Twitter bernama Kasyi Zulkifli (@) sewaktu menonton sebuah filem di pawagam baru-baru ini. Harapannya untuk menonton dalam keadaan aman dihenyak apabila seorang kanak-kanak membuat onar dalam panggung ketika filem sedang ditayangkan.
Okay sambung. Ceritanya aku tgk wyg tadi. Hall kecik dan tggal seat 2nd depan. Depan aku ada sorg akak dgn anak dia. Aku beli popcorn large, nugget 15 dgn karipap.. banyak kan? So aku pon makan tanpa henti sambil hayati movie
— Kasyi Zulkifli ()
Lepas karipap aku dah habis, aku prasan anak akak ni berjalan pergi screen, panjat kerusi sambil buat concert sulung dia. Memula semua buat rilek je, yelah expect akak tu nak cubit anak dia ke apa.
— Kasyi Zulkifli ()
Aku tetiba anak dia buat bunyi annoying gila sampai org belakang aku bersuara “bising lah” pastu org kanan aku dah “eish” .. then adik ni sambung pula menyanyi. Aku yg pada asalnya nk tgk movie sambil makan banyak, terpaku dengan concert dia
— Kasyi Zulkifli ()
Sebab aku sedar aku da hilang konsentrasi, aku pon “syyyhhh” . Dan mak dia toleh pandang aku. Aku pon sambung makan nugget pulak. Tetibe anak dia cuit cuit kaki aku.. terkejut beb. Tp ak cam, xpelah dak kecik je. Aku hulur nugget dia tanak
— Kasyi Zulkifli ()
Pastu anak dia tanya “mama siapa tu” part mak dia reply ni aku terkedu habis. Masa telan air liur tu, halkum aku tertelan. Jantung aku memang laju gila. Adrenaline hormone membuak. Testosterone aku mcm dah boleh buat bench press 140kg
— Kasyi Zulkifli ()
Mak dia ckp “BIAR JE, ORG TAKDE ANAK MEMANG CAMTU” . Terkedu dgn sinisan yg diberi secara verbally, aku angkat barang terus chow. Malas nak tunjuk bakat debat aku kat situ.
— Kasyi Zulkifli ()
Dan aku keliru. Semua patut faham akak tu yang ada anak, atau akak yang ada anak tu patut faham org lain bayar tiket untuk menonton dengan gembira? Betul kata akak tu aku xde anak, tp aku ada COMMON SENSE
— Kasyi Zulkifli ()
Kasyi berkata, dia keliru mengapa wanita tersebut berkata demikian memandangkan orang lain juga turut membayar tiket untuk menonton wayang yang sama.
Dalam pada itu, Kasyi sempat bergurau dengan berharap agar kanak-kanak itu membesar dan menjadi penyanyi seperti Haqiem Rusli.
Tu jelah.. so wayang aku x habis, nugget aku x habis, popcorn aku x habis, ice lemon tea aku x habis. Yang habis, karipap seketul. Semoga anak akak suara macam HAQIEM RUSLI bila besar nanti
— Kasyi Zulkifli ()
Pepatung ingin menasihatkan penonton, jika anda mahu membawa anak pergi menonton wayang bersama, pastikan kelakuan mereka tidak mengganggu ketenteraman orang lain.
Benar, mereka masih kanak-kanak dan kebanyakan orang yang menonton masih belum berkeluarga. Namun, sebagai seorang ibu atau bapa, ia menjadi tanggungjawab anda untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan sewaktu menonton wayang.