BARU-BARU ini, bintang media sosial, Syafiqah Aina menganjurkan majlis berbuka puasa bersama stokis dan agen syarikat yang diasaskannya, NSA Beau Ventures (NSA). Pada majlis tersebut, Aina turut ditemani dua pengasas bersama, Norazura Md Posdzi dan suaminya, Hafiz Mahamad.

Hadirin yang hadir pada majlis tersebut tersentuh dengan ucapan jujur Aina. Selama ini, Aina sangat dikenali dengan sikap pemalunya di depan orang ramai dan sukar untuk memberi pujian kepada suaminya.

Bagaimanapun, pada petang semalam, Aina meluahkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada Hafiz kerana sanggup berkorban tenaga dan masa demi membantu setiap anggota di dalam perniagaan kecilnya.

Dengan suara yang menahan sebak, Aina cuba untuk meneruskan ucapan dengan usaha untuk tidak menitiskan air mata. Ucapannya tidak dapat dihabiskan dan disambut oleh Hafiz.

Begitupun, bagi melepaskan apa yang dirasainya selama ini, Aina memuat naik foto-foto majlis tersebut berserta kapsyen panjang yang menyentuh perasaan.

A post shared by () on

Isi kapsyen tersebut menjelaskan segala-galanya tentang usaha Hafiz dalam membangunkan NSA. Ia juga satu tanda penghargaan Aina sebagai seorang isteri kepada suami yang sering mengharapkan sedikit pujian.

Mungkin sukar baginya untuk menuturkan di bibir, tetapi apa yang dikongsikan di media sosial itu jelas mencerminkan isi hati Aina. Selamat maju jaya untuk pasangan ini.

TINGGALKAN RESPONS