GADIS berusia 20 tahun, Nurul Shamsul mencipta sejarah apabila menjadi wanita Melayu (berhijab) menyertai pertandingan Miss Universe New Zealand.
Nurul yang berketurunan Melayu Malaysia dan Indonesia, dilahir dan dibesarkan di New Zealand. Beliau yang menerima pendidikan di Universiti Waikato berjaya menempatkan diri dalam kelompok 20 terbaik untuk wilayah Kiwi sebelum terpilih untuk ke pusingan akhir.
Menerusi perkongsiannya di instagram, Nurul menjelaskan bahawa peluang yang diberi kepadanya itu diharapkan akan membantu menukar pandangan dan stereotaip dunia terhadap wanita muslim berhijab, sekali gus memperhalusi erti kecantikan sebenar.
Sebelum Nurul, Muna Jama yang menyertai Miss Universe Great Britain dan Halima Aden (Miss Minnesota USA) juga pernah mencipta rekod pertandingan ratu cantik apabila muncul sebagai peserta berhijab.
Pusingan akhir Miss Universe New Zealand akan berlangsung pada 4 Ogos depan.