PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dan Grab Malaysia (Grab) semalam menandatangani kerjasama strategik jangka panjang yang pertama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
DARI KIRI: Ketua Kumpulan Pembangunan Perniagaan Grab, Reuben Lai; Ketua Grab Malaysia, Sean Goh; Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Aadrin Azly; Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Mohd. Ibrahimnudin Mohd. Yunus.
Kerjasama tersebut memberikan ganjaran istimewa kepada para pemandu GrabCar menerusi program kesetiaan eksklusif.
Kad Mesra Grab yang diperkenalkan membolehkan ribuan pemandu GrabCar menikmati penjimatan pengisian minyak dan pembelian minyak pelincir Petronas Syntium.
Mata ganjaran istimewa untuk setiap pembelian di semua stesen minyak Petronas seluruh negara termasuk promosi menarik Kedai Mesra turut menanti para pemandu GrabCar.
Selain daripada diskaun dan ganjaran eksklusif, pemandu GrabCar juga bakal menerima baucar beli-belah dalam talian, pewangi kenderaan, tawaran makanan dan minuman serta faedah penyelenggaraan kenderaan.
Untuk maklumat lanjut, layari www.mymesra.com.my atau www.grab.com.
petronas mesra card ni kalau apply free ke?? ke ade minimum isi minyak baru boleh apply? tgk kt newspaper ade iklan petronas mesra kad.. tu yg jadi nk tau tu.. sbb x pnah cuba petronas lagi.. heheh
Power la… blh dpt lebih dari petronas.. mcm tu baru best… kalau benda blh berhubung kenapa x nk ye… byk memanfaat byk org…
kalau mcm tu… yg promosi yg x3 point grab pun blh dpt ke?? nk tau kalau org baru masuk grab pun blh dpt juga x?? Dah lama guna petronas.. dan rasa nk masuk grab juga.
Hmmm… blh tahan juga… uber x buat apa2 ke? Kalau nk isi kena cari petronas juga kalau mcm tu… selamat tempat aku ada byk tempat ada station tu.