
SYAWAL bakal tiba esok. Selama sebulan kita menahan nafsu, lapar dan dahaga, akhirnya kejayaan itu bakal diraikan penuh kesyukuran di Aidilfitri.
Amalan meningkatkan sedekah, membantu fakir miskin, bertarawih dan solat malam sepanjang bulan Ramadan juga menguatkan lagi keimanan dan jati diri kita.
Teruskan amalan ibadat sunat menjelang Aidilfitri. Dalam kita bergembira, selitkan kebaikan dalam mengejar pahala. Berikut merupakan enam amalan yang digalakkan pada hari raya.
1) Mandi sunat Aidilfitri di waktu pagi
FOTO/
2) Memakan kurma dengan bilangan ganjil atau makanan manis sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri
FOTO/JURAGANMUMUT
3) Disunatkan memakai pakaian baharu, bersih dan menutup aurat.
FOTO/
4) Melaungkan takbir.
FOTO/AKU DAN SESUATU
5) Mengucapkan ucapan ‘semoga amalan saya dan kamu diterima Allah’ selepas solat sunat Aidilfitri.
FOTO/SIRAP LIMAU
6) Menggunakan jalan yang berbeza untuk pulang ke rumah selepas solat sunat Aidilfitri agar jalan-jalan tersebut menjadi saksi di akhirat kelak.