AWAL Ogos lalu, pihak berkuasa Thailand telah mengeluarkan notis amaran kepada pelancong yang ingin membuat aktiviti pantai berikutan penemuan sejenis spesies persis obor-obor.

WORLD OF BUZZ

Spesies yang digelar sebagai Portuguese Man-of-War itu disifatkan sebagai sangat beracun dan mampu membunuh mangsa hanya dengan satu sengatan dalam tempoh yang singkat.

Menurut kenyataan daripada The Nation, pada tahun 2016, sepasukan saintis telah dikerahkan untuk mengambil sampel dan mengkaji tentang anatomi hidupan tersebut setelah ia ditemui di pantai Trang.

WORLD OF BUZZ

Hasil kajian telah merungkaikan bahawa terdapat tiga jenis Portuguese Man-of-War di lautan. Ia terdiri daripada Norbakka, Chiropsoides dan Chirnex.

Hidupan tersebut sering disalah anggap sebagai obor-obor dan ramai yang tidak tahu bahawa ia mampu membunuh manusia.

WORLD OF BUZZ

Justeru, semua pelancong diingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar pengalaman bercuti anda tidak bertukar menjadi tragedi.

Malah anda juga disarankan untuk membeli insurans perjalanan sebagai perlindungan jika berlaku perkara yang tidak diingini terhadap anda.

TINGGALKAN RESPONS