Emirates Airline tingkatkan momentum pada 2015

0
41

EMIRATES Airline (Emirates) akan berterusan membina peluang bagi meningkatkan frekuensi dan kapasiti penerbangannya dari Kuala Lumpur. Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu telah mengemas kini rangkaian penerbangannya dengan penambahan daripada 130 destinasi di 78 negara pada 2013 kepada 147 destinasi di 84 negara pada tahun lalu.

Antara senaraian destinasi baharu yang diperkenalkan pada 2014 termasuklah Taipei (Taiwan), Boston (Amerika Syarikat), Abuja (Nigeria), Chicago (Amerika Syarikat), Oslo (Norway), Brussels (Belgium) dan Budapest (Hungary).

“Emirates berterusan menikmati perkembangan memberangsangkan di Malaysia dan ia satu perkara yang amat membanggakan. Kini kami merupakan pendahulu dalam kalangan syarikat penerbangan yang menghubungkan Asia Tenggara dan Asia Barat, khususnya Dubai dan kelak Eropah serta Afrika,” jelas Pengurus Tempatan Emirates Malaysia, Kavin Martinus.

Inisiatif kerajaan bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi tumpuan pelancong juga disokong penuh Emirates. Malah, Malaysia sentiasa menjadi sebahagian daripada kempen pemasaran antarabangsa syarikat penerbangan tersebut. Negara ini juga adalah lokasi percutian pilihan kebanyakan orang dari Asia Barat dan bahagian benua lain.

2-emirates
Pengurus Pemasaran Emirates Airline Malaysia, Peter Simon (empat dari kiri) menyampaikan trofi kepada penerima Anugerah Agensi Pelancongan Terbaik tahunan.

Sementara itu, sempena menghargai kerja keras dan sumbangan agensi-agensi pelancongan tempatan yang turut sama meningkatkan kredibiliti Emirates di negara ini, satu Majlis Anugerah Tahunan Emirates Airline telah dianjurkan pada Isnin lalu. Sebanyak 15 ejen penumpang dan tujuh ejen kargo dijemput bagi menerima penghargaan daripada Emirates.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pengarah Besar Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyib, Duta UAE ke Malaysia, Abdulla Matar Al Mazrouei, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd., Datuk Mohd. Badlisham Ghazali dan Penasihat Malaysia Airports Holdings Bhd., Tan Sri Bashir Ahmad.

  • TAG
  • emirates airline malaysia
KONGSI
Artikel sebelumnyaPercayalah, ‘Starbucks Wedding’ memang wujud!
Artikel seterusnyaEmpat alternatif cergas tanpa perlu ke gim
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS