Pasukan aerobatik Krisakti di LIMA Langkawi 2015

0
46

AEROTREE Defence & Services Sdn. Bhd. (Aerotree) mengumumkan bahawa pasukan aerobatik kebangsaan, Krisakti akan menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2015 (LIMA Langkawi 2015) yang telah bermula semalam (17 Mac) sehingga 21 Mac ini.

Ia akan menyaksikan penglibatan lima buah pesawat yang terdiri daripada empat pesawat Extra 300L dan sebuah pesawat Edge 540. Sebagai satu-satunya pasukan aerobatik profesional kebangsaan, penglibatan Krisakti pada acara tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kewujudan dan kemahiran mereka.

2-krisakti

Sebagai persediaan pertunjukan udara tersebut, Krisakti terlebih dahulu menjalani latihan di Subang Jaya (Selangor), Butterworth (Pulau Pinang) dan Langkawi (Kedah) sejak beberapa bulan lalu.

Sepanjang LIMA Langkawi 2015, Krisakti akan muncul melakukan pertunjukan sebanyak dua kali sehari. Malah pada majlis perasmian acara tersebut, Ketua Pasukan Krisakti, Datuk Halim Othman turut dianugerahkan pengiktirafan Malaysia Book of Records atas kejayaannya menjuarai Kejohanan Red Bull Air Race Challenger Cup di Ascot, Britain dan Las Vegas, Amerika Syarikat pada tahun lalu.

3-krisakti
DATUK Halim (tengah) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records atas dua kejuaraannya tahun lalu.

Krisakti terdiri daripada empat juruterbang mahir daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan seorang juruterbang awam. Pasukan tersebut mempunyai enam jurutera dan juruteknik terlatih bagi tujuan penyelenggaraan pesawat. Kesemua juruterbang awal terpilih telah menjalani latihan intensif selama sebulan bersama pasukan The Blades iaitu sebuah pasukan yang dibiayai badan swasta, diwakili oleh bekas juruterbang Red Arrows di United Kingdom.

Layari laman web Krisakti atau kunjungi laman atau mereka untuk keterangan lanjut.

TINGGALKAN RESPONS