
LAZIMNYA, golongan wanita lebih mendominasi pasaran pakaian. Begitupun, pilihan untuk kaum Adam juga kian bertambah. Menjelang musim perayaan khususnya, jenama-jenama tempatan berlumba-lumba mengeluarkan rekaan terbaik bagi memenangi hati pelanggan.
FOTO/
Tahun ini, selepas menghadiri beberapa pertunjukan fesyen koleksi Aidilfitri 2017, dan selepas membanding beza baju raya khusus lelaki ilham jenama tempatan, Pepatung tetap tertarik kepada koleksi segar Amy Search by Elrah Exclusive.
‘Skuad’ Amy Search muncul di pentas Star Lebaran 2017 by Prima Valet (PV) untuk tayangan umum buat kali pertamanya pada hujung April lalu di Quill Mall, Kuala Lumpur.
FOTO/
Menariknya koleksi kolaborasi legenda rock tersebut, ia berjaya menterjemahkan identiti klasik rock Amy tetapi masih mengimbangi kemodenan gaya yang amat digemari anak muda.
Mainan warna tanah dan pastel menyatu sempurna dalam helaian baju Melayu Teluk Belanga (Johor), jubah dan kurta koleksi tersebut.
FOTO/
FOTO/
Kesemua helaian maskulin itu kini boleh didapati secara eksklusif di PV, sebuah hab yang menghimpunkan jenama pereka-pereka baharu yang ditujangi tiga elemen; fabrik berkualiti tinggi, penggunaan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan yang kemas dan cermat.