PLATFORM e-dagang popular Asia Tenggara, FashionValet (FV) hari ini melancarkan penyertaan jenama pakaian penyanyi Indonesia, Afgansyah Reza () – di butik FV Pavilion, Kuala Lumpur.
FOTO/
Acara tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif FV, Fadzarudin Shah Anuar () dan pengasas bersama FV, Vivy Sofinas Yusof (), yang juga merupakan suami isteri.
FV yang kini berkembang menjadi empayar fesyen paling pantas berkembang di rantau Asia Tenggara telah melonjakkan nama pasangan tersebut.
Rancangan realiti TV, Love, Vivy yang bersiaran di Astro Ria juga kini telah memasuki musim kedua. Gelombang Vivy sebagai usahawanita berkarisma di Malaysia telah menjadikan dia sebagai idola ramai wanita terutama mereka yang berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Perkongsian kehidupan sehariannya di laman instagram juga sering mencuit hati, memaparkan gelagat dua cahaya matanya; Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah, mesej bersama pembantu rumahnya bernama Kak Siti ataupun #OOTD Vivy yang sentiasa memukau. Begitu juga #hashtag yang digunakan, sentiasa berhasil menceriakan lebih 900,000 pengikutnya di instagram.
FOTO/
Pepatung: Adakah Afgan merupakan selebriti Indonesia pertama yang berkolaborasi dengan FV?
Vivy: Terdapat kira-kira 150 jenama Indonesia di FV dan ada dalam kalangan mereka merupakan golongan selebriti. Namun, Afgan adalah yang pertama untuk pakaian lelaki.
Pepatung: Selain Afgan, siapa lagi selebriti Indonesia yang bakal kita saksikan menyertai FV?
Vivy: Kami sedang merancang banyak perkara menarik. Sememangnya akan lebih banyak kolaborasi bersama selebriti dan pereka fesyen, bukan sahaja dari Indonesia, malah dari serata Asia Tenggara.
FOTO/
Pepatung: Baru-baru ini FV berjaya menyertai Endeavor, jelaskan serba sedikit signifikan di sebalik kejayaan tersebut?
Vivy: Endeavor merupakan rangkaian keusahawanan peringkat global yang melatih perniagaan berskala sederhana. FV bertuah kerana terpilih untuk menyertai Endeavor, selepas melalui proses permohonan yang sangat mencabar. Alhamdulillah, FV merupakan syarikat ke-11 dari Malaysia dan syarikat bumiputera pertama yang terpilih. Menerusi penyertaan itu, InsyaAllah, FV akan lebih maju di masa akan datang.
Pepatung: FV telah berjaya membuka butik di Singapura, bagaimana pula dengan Indonesia dan negara lain?
Vivy: Kami mempunyai pejabat dan gudang di Indonesia, cuma butik masih belum dibuka di sana. Sememangnya tahun ini sasaran FV adalah untuk meluaskan pasaran di Asia Tenggara.
Kami mahu mengukuhkan posisi jenama di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Saya juga melihat Thailand sebagai pasaran sasaran yang menarik untuk ditembusi. Bagaimanapun semestinya ia akan memberi cabaran. Setiap negara memberikan cabaran yang berbeza disebabkan perbezaan budaya dan trend beli belah. Masih banyak yang perlu kami pelajari dengan mengenal pasti suasana pasaran di setiap negara.
Pepatung: Adakah bekerja bersama sebagai suami isteri satu kelebihan atau sebaliknya?
Fadza: Kami tidak melihat ia sebagai satu masalah. Memandangkan kami sentiasa meluangkan masa bersama, jadi kami lebih memahami antara satu sama lain. Kami sepakat untuk berkongsi tanggungjawab menguruskan anak-anak, dan bertuah kerana menerima sokongan yang baik daripada orang sekeliling.
Ibu bapa kami tinggal berhampiran dan anak-anak juga semakin memahami tuntutan kerja kami yang adakalanya perlu ke luar negara. Setiap keluarga ada cabarannya tersendiri, tetapi saya dan Vivy, Alhamdulillah tidak berdepan masalah selagi kami saling memahami.
FOTO/
Vivy: Pada saya, mungkin perbezaan personaliti membuatkan kami mudah memahami. Fadza lebih pendiam, saya pula berbeza. Maka secara tidak langsung, kami saling melengkapi. Kekurangan saya ditampungi kelebihan Fadza dan begitu sebaliknya. Namun sejujurnya, saya tidak menggalakkan suami isteri untuk bekerja bersama sekiranya tiada kesefahaman dalam pekerjaan. Usah jadikan status suami isteri sebagai tiket untuk menjalankan perniagaan bersama.
Pepatung: Dengan jadual harian yang padat, berapa jam sebenarnya anda tidur dan berehat?
Vivy: Sekiranya minggu yang sibuk dengan projek atau minggu fesyen, saya dapat melelapkan mata selama empat hingga lima jam sahaja. Namun masih ada keseimbangan dalam hidup saya. Apabila berasa terlalu letih, saya akan ambil cuti sehari. Bagaimanapun, memang saya jarang memanjakan diri. Selagi masih terdaya, saya teruskan bekerja. Saya tidak berasa terbeban dengan kerja dan disebabkan itu jarang untuk berasa penat.
FOTO/
Pepatung: Dapat dilihat di instagram, anak kedua anda, Mariam tidak gemar mengambil gambar. Adakah ia didorong respons masyarakat yang sering meminta untuk bergambar dengan anda?
Vivy: Setiap kanak-kanak mempunyai personaliti yang berbeza. Daniel dahulu pun malu tetapi sekarang lebih terbuka. Jadi saya lebih memilih untuk menghormati kehendak anak-anak dan berikan mereka ruang. Sebagai ibu bapa, kita juga perlu memikirkan keselamatan dan apa yang terbaik untuk mereka.
persefahaman juga penting dalam bekerja..lebih-lebih lagi bekerja bersama pasangan masing-masing