Wanita lebih mudah menerima beban kerja di pejabat

0
34

SETIAP individu pasti mempunyai hala tuju dalam mengembangkan karier masing-masing. Justeru, menerima beban kerja secara berlebihan atau bekerja lebih masa merupakan perkara normal yang kita lalui saban hari. Namun, adakah anda tergolong dalam kelompok wanita yang selalu berkata “ya” bagi setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan?

Menerusi sebuah kajian, kaum wanita didapati sukar untuk menolak beban kerja yang diamanahkan oleh pihak atasan. Ini bermakna, kaum wanita rela menyelesaikan sebarang tugasan yang diberikan walaupun ia bercanggah daripada bidang kerja asal mereka.

Walaupun kadang-kala ia berkait rapat dengan personaliti seseorang (yang mungkin sangat rajin dan gemar membantu), namun, menerusi data yang dikumpulkan, ia adalah norma sosial yang dilalui oleh setiap wanita.

“Kaum wanita biasanya dianggap sebagai pembantu dan pengasuh. Jadi, memilih untuk berkata “tidak” adalah sangat bertentangan dengan tanggapan tersebut,” ujar Katharine O’Brien, penyelidik bersekutu postdoctoral, Sekolah Perubatan Baylor yang menjalankan tiga kajian berasingan pada jantina berbeza menerusi permintaan kerja yang sering berlaku di pejabat.

Persoalannya, adakah kecenderungan ini bersifat positif atau negatif pada kaum wanita? Jawapannya adalah kedua-duanya.

“Seperti yang dijangka, wanita yang memberi jawapan “ya” pada permintaan biasanya lebih dihargai dan dianggap sebagai rakan sepasukan,” tambah Katharine.

“Mereka akan berasa bersalah jika memberi jawapan “tidak”. Tambahan pula, mereka tidak mahu memberi padangan yang buruk terhadap pengurus dan rakan-rakan sekerja. Itu antara sebab mengapa wanita sering bersetuju dengan beban kerja yang diberikan kepada mereka.

Namun, sering bersetuju dengan sebarang tugasan juga mampu memberikan efek yang negatif pada diri sendiri. Katharine berkata, apabila seseorang wanita itu sering menjadi sasaran kepada kerja-kerja sampingan di pejabat, ia akan menyukarkannya untuk menyiapkan tugasan-tugasan hakiki yang sepatutnya mampu diselesaikan dalam senggang masa yang ditetapkan. Fenomena itu membuatkan kaum wanita mengalami kesukaran untuk maju setapak ke hadapan.

Justeru, apabila sering diminta untuk melakukan tugasan sampingan, pastikan anda memberikan jawapan yang sesuai. Biasakan dengan jawapan: “Saya akan fikirkannya dahulu dan bagitau awak sekejap lagi.” Katharine turut mencadangkan tiga soalan yang perlu dijawab sebelum bersetuju untuk melakukan sesuatu perkara:

1) Adakah dengan berkata “ya” mampu membuatkan saya lebih berjaya dalam organisasi ini?

2) Adakah saya akan melakukan tugasan itu dengan rasa suka?

3) Adakah tugasan itu akan mengambil masa saya untuk menyiapkan kerja-kerja lain?

Tidak salah mencuba, dan jangan bebankan diri anda dengan kerja. Selamat mencuba!

KONGSI
Artikel sebelumnyaNilai multifungsi kaca mata CEO.V
Artikel seterusnyaHari Fukubukuro di butik HiDY & CIPELA 25 Disember ini!
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS