RAMAI yang berpendapat bahawa menjadi puteri raja mestilah berkahwin dengan suami berdarah gahara, demi memastikan darah keturunan itu bersusur galur diraja.

Namun, pada zaman ini, untuk bersuamikan orang kebanyakan juga bukan satu tabu atau hal yang mengejutkan. Berikut merupakan lima puteri Melayu yang berkahwin dengan orang kebanyakan.

1 ) YTM Raja Azureen Binti Almarhum Sultan Azlan Shah

PLCWPS BLOGSPOT

Baginda merupakan puteri sulung kepada Almarhum DYMM Sultan Azlan Shah bersama YMM Tuanku Bainun dan lahir di Pulau Pinang tanggal 9 Disember 1957.

Memulakan alam persekolahan di Sekolah Marion Convent, Ipoh dan kemudian menyambung sesi sekolah menengah di SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Sains dalam pengkhususan Matematik dan Ekonomi, dari Universiti Syracuse New York dan kemudian menyambung pelajaran di London dalam bidang Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1982.

Raja Azureen telah bertemu jodoh bersama Yang Berbahagia, Dato’ Seri Mohammad Salleh bin Dato’ Ismail yang memegang jawatan sebagai pegawai bank merangkap perunding perniagaan. Pasangan ini dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri.

YM Nurlin yang merupakan salah seorang puteri YTM Raja Azureen telah mendirikan rumah tangga bersama cucunda kepada Sultan Selangor dan Perlis, YM Syed Haizam Jamalullail tanggal 22 Disember 2012.

2 ) YAM Tengku Zatashah binti Sultan Idris Shah al-Haj

STAR2.COM

Tengku Zatashah merupakan kakanda tiri kepada DYAM Tengku Amir Shah, iaitu Raja Muda Selangor. Puteri ini yang gemar berbusana kebaya nyonya ke acara-acara formal merupakan lulusan dari Perancis dan pernah bekerja di syarikat gergasi kosmetik, L’Oreal di Paris.

Setelah tamat pengajian peringkat sarjana, beliau berkenalan dengan Dato’ Setia Aubry Mennesson melalui kenalan rapat dan berakhir ke jinjang pelamin.

“Selepas dikenalkan oleh sahabat, kami berdua kerap keluar bersama. Namun ketika itu, Aubry tidak tahu tentang status saya,” kongsi Tengku Zatashah.

Malah, status beliau turut dirahsiakan dalam kalangan rakan-rakan sekerja sehinggalah usia kerjaya mencecah lima tahun.

“Status saya diketahui Aubry selepas dia terjumpa sekeping kad perniagaan yang tertera nama ayah saya dengan gelaran penuh Sultan,” sambung Tengku Zatashah menerusi kenyataan yang dipetik daripada Star2.

FROG AND PRINCESS

3 ) YAM Raja Puan Mahkota Perak, Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris Shah II

KID CHAN

Dilahirkan pada 28 Februari 1952 di Ipoh, Perak, beliau merupakan puteri sulung kepada Almarhum Sultan Idris Shah dan kakanda kepada DYMM Raja Zarith Sofiah.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Teluk Intan dan Sekolah Convent Teluk Intan. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Upper Sbine School, Sbanklin, Isle of Wigh hingga tingkatan enam. Seterusnya, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Chelse College of Art, London.

Raja Nazhatul Shima telah mendirikan rumah tangga bersama Dato’ Syed Omar Alsagoff yang merupakan hartawan terkenal di Singapura. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan enam orang putera.

Kini beliau mengusahakan perniagaan sendiri iaitu seni sulaman tekat. Syed Omar meninggal dunia pada awal Februari lalu dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara.

TINGGALKAN RESPONS