Pulau Bintan masih melestarikan malam tujuh likur

0
84

MALAM tujuh likur yang memang terkenal sebagai adat memasang pelita sewatu malam 27 Ramadan, bukan sahaja diamalkan di semenanjung Malaysia malah turut diadakan di Bintan, Indonesia.

FOTO / CHAP CHAI

Di kampung Tua Mentigi dan Teluk Sebong, kepulauan Bintan, tradisi malam tujuh likur masih kekal relevan dalam kalangan penduduk.

Di masjid dan setiap rumah-rumah kampung dihiasi dengan pelita. Budaya tersebut meresap dalam kehidupan mereka ekoran sejarah yang menyaksikan Kepulauan Bintan yang pernah menjadi jajahan

Maka secara automatik, amalan tersebut menjadi warisan turun-temurun dalam kehidupan masyarakatnya.

Walaupun telah terpisah akibat faktor politik, adat resam Melayu kekal utuh di pulau Bintan. Pelbagai cerita-cerita yang telah ditokok tambah mengenai tradisi memasang panjut atau pelita di sekitar rumah atau kampung.

Kononnya, dengan memasang panjut di halaman rumah, malaikat rahmat yang turun ke langit dunia akan nampak rumah kita. Itu adalah cerita dongeng dan bidaah.

Yang pasti, tradisi ini sebenarnya adalah untuk memeriahkan lagi kedatangan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kita seharusnya sebagai pelapis harus sentiasa melestarikan adat dan budaya Melayu agar tidak terus ditelan zaman.

 

KONGSI
Artikel sebelumnyaMaksud tersirat ikatan samping dan cara-cara ikatannya
Artikel seterusnyaIdea bisnes diciplak kawan, ditipu RM10,000, dua usahawan muda tak putus asa
I am common boy with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name soon will be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul and to me this has always been enough.

TINGGALKAN RESPONS