20 Petanda Yang Anda Adalah BFF Selamanya

0
162
FOTO / STYLECASTER

ANDA dan dia seperti tidak mungkin dapat dipisahkan. Bak kata pepatah Melayu, hubungan anda berdua sudah seperti isi dan kuku, bagai aur dengan tebing. Begitulah akrabnya anda dan sahabat rapat. Apakah petanda lain yang membuatkan anda dan dia bergelar BBF selamanya?

1. Bila sahabat baik anda tidak menyukai seseorang, anda boleh tahu daripada riak wajahnya – walaupun dia sedang memasang muka plastik.

2. Dan anda tahu mengapakah individu tersebut membuat sahabat baik anda berasa tidak selesa.

3. Anda tahu password telefon pintarnya. Juga password e-mel, Facebook, Instagram dan seterusnya. “Kalau apa-apa berlaku pada I, shut down my Facebook account dan padam semua fail dalam laptop ya?”

4. Apabila anda bercakap, anda akan menggunakan perkataan ‘kita orang’ – “Kita orang suka sangat makan desserts dekat Mukha!”

5. Dan anda berasa bersalah jika ke tempat tersebut tanpa kehadiran sahabat baik anda. Seperti anda berlaku curang padanya.

6. Anda berasa tidak salah jika bercakap daripada pihak sahabat baik anda. “Oh, dia tak suka cendol dalam cendolnya.”

7.  Anda berdua pernah berbicara tentang bagaimana cara anda buang air. “I kena scroll Twitter kalau tak I will get bored.”

8. Anda pernah lihat sahabat baik anda tanpa seurat benang, dan kadang-kala menangis.

9. Print screened sesuatu yang lucu dan berkongsi menerusi aplikasi permesejan WhatsApp. “Babe, tengok ni!”

10. Ketika berbicara, anda boleh merujuk zaman masing-masing menerusi apa yang anda dan dia pernah lakukan. “Zaman rambut kepok-kepok.” “Zaman masing-masing pakai BlackBerry.” “Zaman I pakai contacts!”.

11. Bercerita tentang perkara…. intim masing-masing.

12. Anda berdua mempunyai momen yang pelik ketika tinggal bersama-sama. Sehingga membuatkan rakan-rakan anda yang lain terkejut apabila mendengar kisah tersebut.

13. Tengok rancangan TV kegemaran berulang-ulang kali kerana anda mahu bercakap tentangnya. “Tengok tak Kim semalam? Hurmm… I need to pee.”

14. Hantar audio messages di kala bosan.

15. Paksa untuk menemani anda makan malam walaupun rakan anda sudah bersedia untuk tidur. “Lima minit lagi I sampai, turun. Bye.”

16. Emak kepada sahabat baik anda komen gambar anda di Facebook.

17. FaceTime sebelum tidur. “Hey babe buat apa?!”

18. Print screened perbualan video tersebut dan upload di Instagram. “FaceTimed with this bitch at this hour. Now I want to eat Nasi Lemak! Urghh!”

19. Anda berdua sering dilihat bersama sehingga orang memberikan nama samaran. Atau anda memberikan nama samaran tersebut. “Dolls!”

20. Anda meletakkan nombornya di bahagian favorite. Sebab sahabat baik anda lebih senang memberikan bantuan pada saat kecemasan. “Babe, I need to borrow your baju now!” 

KONGSI
Artikel sebelumnya10 cara dekorasi mudah untuk memperbaharui suasana rumah
Artikel seterusnyaAaron Carter mengakui dirinya biseksual
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS