SANTAU (santet) merupakan ilmu hitam yang terkenal di Malaysia dan Indonesia. Menggunakan pelbagai medium, misalnya foto, rambut dan sebagainya dengan tujuan untuk membalas dendam atau menyakiti seseorang. Artikel kali ini akan menyenaraikan 10 jenis santau yang sering diamalkan di Indonesia.
1 . Kuyang
FOTO / MBAH DURGALA PATI
Santau jenis ini akan mengakibatkan mangsa menjadi pelupa dan gila. Ia akan mengambil separuh jiwa daripada mangsa sehingga tidak memahami dan mengingati apa yang berlaku terhadap dirinya.
2 . Suku badui
FOTO / SAKTI MANGGALA
Si manga yang terkena santau jenis ini akan menderita lumpuh seluruh badan. Malah, mangsa juga akan berasa sakit dan terseksa zahir dan batin. Dikhabarkan juga bahawa mangsa juga tidak dapat bercakap.
3 . Bumbu apus
FOTO / CERITA MISTERI
Orang yang terkena santau ini tidak dapat membuang air besar dan kecil sehingga lama-kelamaan mengundang maut. Mangsa akan berasa terseksa dan menderita kerana mengalami keracunan akibat tidak dapat menyahtoksin. Malah mangsa akan menjerit-jerit kerana terseksa dari dalaman.
4 . Buntu jodoh
FOTO / TUMBLR
Korban kepada santau ini tidak akan bertemu jodoh dan mungkin dibenci orang sekeliling. Jika berlarutan, ia akan mengakibatkan kemurungan sehingga akhir hayat.
5 . Biriang
FOTO / HUFFINGTON POST
Mangsa santau biriang akan terkenal gatal-gatal seluruh badan. Pesakit akan menggaru-garu di keseluruhan badan sehingga luka, melepuh dan bernanah.
6 . Buhul cacing abin
FOTO / ACID COW
Berasal dari pedalaman kepulauan Sumatera, penderita akan sakit dan mati secara perlahan-lahan. Sakitnya misteri sehingga tidak dapat dikesan oleh doktor. Ilmu santau buhul cacing birian dikuasai oleh suku pedalaman Sumatera secara turun-temurun.
7 . Dayak pelesit matimang
FOTO / HELLO SEHAT
Merupakan amalan santau yang sering diamalkan suku Dayak di Kalimantan, Indonesia. Dikhabarkan, mangsa akan menderita sakit dan diakhiri dengan maut. Santau ini boleh dihantar walaupun terpisah jauh di antara pulau. Misalnya, ia boleh dihantar ke Pulau Jawa.
8 . Susuk konde
FOTO / MUSTIKA
Berasal dari Jawa timur dan si mangsa akan menderita penyakit aneh. Sebagai contoh, tatkala dirawat, pelbagai jenis bahan asing akan ditemui dalam tubuh mangsa. Misalnya, paku, jarum dan sebagainya.
9 . Banyuwangi osing
FOTO / READERS DIGEST
Santau jenis ini akan mengunci pintu nafsu kepada seseorang dan mangsa tidak akan dapat melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun. Ia kebiasaannya diberi kepada suami berhidung belang.
10 . Lowo ireng
FOTO / DIBAGI
Sejenis tuju-tuju yang akan mengakibatkan kemalangan tidak diduga. Misalnya, boleh menyebabkan kemalangan jalan raya, atau tersepit di mesin jika bekerja di kilang. Santau ini ampuh dan tidak dapat dihalang dengan apa-apa tangkal sekalipun.