Tiada elaun pakaian, mantan wanita pertama Singapura jahit kebaya sendiri untuk majlis rasmi

0
97

TOH Puan Noor Aishah, isteri kepada mantan Presiden Singapura pertama, Tun Yusof Ishak telah melancarkan buku autobiografi beliau berjudul Puan Noor Aishah, Singapore’s First Lady, pada 18 Julai 2017 di The Arts House.

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Buku setebal 200 muka surat itu mencoretkan sisi perjalanan beliau semenjak kecil sehinggalah bergelar wanita pertama Singapura pada usia 26 tahun.

FOTO / FB PM SINGAPORE

Menerusi kenyataan yang dipetik daripada Straits Times Singapore, Toh Puan Noor Aishah menjelaskan: “Saya tidak diberi apa-apa cara dan etika ketika suami dilantik menjadi Presiden Singapura. Saya tiada senarai tugasan, tiada yang memberi taklimat tentang protokol dan sebagainya. Saya dan suami perlu untuk belajar dan mengurus segalanya sendiri.”

Buku biografi itu dikarang oleh Kevin Y.L Tan dan mengandungi gambar-gambar kenangan Noor Aishah bersama keluarga termasuk album peribadi beliau.

Menurut kenyataan Hsien Loong, membaca buku itu seperti mengenang kembali kenangan beliau membesar di Singapura suatu ketika dahulu.

FOTO/WARDAH BOOKS

Beliau sering bermain dengan anak-anak Noor Aishah termasuk belajar menaiki basikal daripada Imran, salah seorang anak Noor Aishah.

Sebagai isteri kepada presiden, Noor Aishah menjelaskan bahawa pada ketika itu, tiada elaun khusus untuk pakaian. Justeru, beliau membeli kain sendiri dan menjahit kebaya untuk dipakai ketika majlis-majlis rasmi negara.

Tiada siapa yang mengarahkan saya untuk memakai pakaian tertentu. Maka saya harus membuat keputusan sendiri. Saya berfikir ketika itu, kebaya lebih elegan berbanding baju kurung,” imbas Noor Aishah.

Buku autobiografi beliau berharga SGD$25 (RM78) tidak termasuk GST dan hanya boleh didapati di pasaran Singapura. Ia juga dijangka masuk ke pasaran Malaysia pada hujung Ogos 2017.

 

SUMBER : SRAITS TIMES SINGAPORE

  • TAG
  • buku
  • Inspirasi
  • singapura
  • toh puan noor aishah
KONGSI
Artikel sebelumnyaSetelah hampir dua tahun, GST masih dipolitikkan?
Artikel seterusnyaBaha’i agama termuda di dunia
I am common boy with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name soon will be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul and to me this has always been enough.

TINGGALKAN RESPONS