PEMILIK rangkaian kedai buku dan penganjur festival buku Big Bad Wold (BBW), mencipta satu lagi sejarah menerusi pelancaran kedai buku 24 jam pertama di Malaysia.
Terletak di Tamarind Square, Cyberjaya, cawangan baharu BookXcess itu juga difahamkan merupakan gedung buku terbesar Malaysia.
Dengan keluasan 37,000 kaki persegi, lebih 500,000 buah buku pelbagai genre boleh didapati pada harga potongan di antara 50 hingga 80 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.
Ketua Pegawai Produk, Yujeen Chua berkata, pembukaan cawangan itu pada Selasa lalu diharapkan dapat menarik kunjungan pelanggan dari setiap peringkat usia, terutama pelajar universiti di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya.
Dilengkapi WiFi percuma dan kafe untuk pelanggan yang ingin bekerja, membaca, mengadakan kelas kesenian dan pertandingan mewarna.
BookXcess yang membuka cawangan pertamanya di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 2006, kini mempunyai tujuh cawangan di dalam pusat beli-belah seperti Starling Mall di Damansara, Fahrenheit 88 (Bukit Bintang) dan 1Utama (Petaling Jaya). – Bernama
BookXcess & Big Bad Wolf membantu org kebanyakan. Mereka menjadikan pemilikan buku suatu yg affordable. Now, everyone can buy books! 😀