RAMAI memuji drama terbaharu terbitan TV3, Nur yang disiarkan di slot Samarinda. Dari pelakon sehinggalah ke jalan ceritanya, rata-rata penonton sangat berpuas hati dengan buah tangan garapan Shahrulezad Mohameddin itu. Dilakonkan oleh Amyra Rosli dan Syafiq Kyle, Nur berjaya membuatkan penggemar drama Melayu untuk setia menanti di hadapan kaca televisyen.

Dan berikut merupakan lapan sebab kenapa anda perlu menyaksikan drama rantaian ini:

1) Drama bergenre Islamik, namun tidak terlalu berat untuk ditonton dan difahami kerana diselang selikan dengan unsur percintaan. Sesuai ditonton terutama sekali sepanjang bulan Ramadan.

2) Skrip yang dituturkan oleh para pelakon boleh membuat emosi penonton terkesan kerana diselitkan dengan hujah agama yang berat. Bagaimanapun, ia juga cukup ringan dan komersial untuk diterima oleh penonton.

3) Jalan cerita menarik dan tidak membosankan. Walaupun ia adalah sebuah naskhah yang berat, namun drama Nur masih digarap baik oleh pengarah supaya penonton tertunggu menyaksikan episod setrusnya.

4) Para pelakon membawa watak dengan cukup berkesan dan bersahaja sehingga pada sesetengah babak mampu menyentap emosi penonton.

5) Isu yang diketengahkan iaitu isu judgemental dikalangan orang agama, alim ulama dan masyarakat terhadap pendosa seperti pelacur. Drama ini juga berjaya membuatkan penonton tersentak dan bermuhasabah diri supaya tidak menjadi penghukum kepada pendosa kerana mereka juga perlu diberi peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah.

6) Pengajaran buat insan yang bergelar para pendakwah supaya tidak menjadikan dakwah Islam itu eksklusif dan hanya dipertontonkan di media. Hal ini kerana, para pendakwah tidak cuba untuk mendekati golongan pelacur, penagih, mak nyah dan cuba mendekati serta berdakwah kepada mereka.

7) Banyak diselitkan unsur Islamik agar dapat menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua. Terutama jangan kita menjadi penghukum manusia. Dengan hanya menganggap golongan alim ulama baik dan mereka yang memilih jalan hitam adalah golongan pendosa. Ada juga para pendakwah ini terdiri daripada golongan munafik.

8) Dialog yang dilontarkan oleh para pelakon terutamanya apabila berbicara mengenai hal agama ia tidak terlalu typical dan berat untuk didengar. Malah mudah untuk dihadam oleh halwa telinga.

Teks sumbangan: Nina Jury
Foto: TV3

KONGSI
Artikel sebelumnyaMATTA gesa cukai pelancongan dimansuhkan
Artikel seterusnyaUde Wahid tempelak bekas isteri
Sekiranya anda berminat untuk menyumbang artikel berkisar topik gaya hidup (percutian, food review, keusahawanan, etc), hiburan, fesyen atau perkembangan semasa, hantarkan menerusi e-mel kepada

1 KOMENTAR

  1. […] yang kini sedang popular dengan drama Nur, Syafiq Kyle dihambat kontroversi apabila video lucah yang didakwa mirip wajah dijual secara […]

TINGGALKAN RESPONS