Miranda Kerr Nafi Berpacaran Dengan Brad Pitt

0
22

TIDAK disangka-sangka, supermodel terkenal, Miranda Kerr menafikan bahawa dia pernah mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon popular, Bradd Pitt. Miranda berbuat demikian setelah desas-desus mengenai hubungannya dengan tunang Angelina Jolie itu tersebar di internet tidak lama dahulu.

Bercakap dengan majalah Vogue Australia baru-baru ini, bekas isteri kepada pelakon Orlando Bloom itu menegaskan, desas-desus tersebut telah menyebabkan dia mengalami sedikit pertelingkahan dengan pegawai pengantaranya.

MODEL ini kesal kerana sering dikaitkan dengan tunang kepada pelakon
Angelina Jolie ini.

“Saya berjumpanya hanya sekali. Pegawai pengantara saya memberitahu saya tentang gosip tersebut dan bertanya samada saya mahu mengeluarkan kenyataan mengenainya atau tidak. Saya rasa, tiada sebarang komen yang perlu saya berikan kerana gosip ini sungguh mengarut.

“Jika saya mula mengeluarkan kenyataan, saya akan menghabiskan hari saya dengan bercakap,” ujarnya.

Menurutnya lagi, dia juga tidak pernah keluar bersama seorang usahawan bernama James Packer seperti yang disebut-sebut sebelum ini.

“Tujuh tahun saya bersama Orlando – dan hubungan itu sangat panjang. Jadi, apa yang penting sekarang adalah saya dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap anak saya dan kerjaya,” ujarnya lagi.

Miranda masih lagi dalam proses mengakhiri proses perceraiannya bersama Orlando sejak berpisah pada bulan Oktober tahun lalu.

Kredit gambar: Getty Images, PA Photos.

KONGSI
Artikel sebelumnyaKourtney Hamil Anak Ketiga
Artikel seterusnyaFesyen Tanpa Seluar Dalam Kendall Jenner
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS