Tom’s Diner versi Giorgio Moroder ft Britney Spears bocor!

0
34

SELEPAS teka-teki berhubung lagu apa yang dirakamkan semula Britney Spears untuk album terbaharu legenda muzik disko, Giorgio Moroder terjawab minggu lalu, hari ini lagu penuh tersebut bocor di internet.

Tom’s Diner nyanyian asal (1987) yang dirakamkan semula Spears sempena kolaborasinya bersama Moroder merupakan antara 12 lagu daripada album studio ke-21 pemuzik Itali itu, Déjà Vu yang dijadualkan memasuki pasaran pada 12 Jun depan.

1-toms diner

Meskipun telah melancarkan tiga single bagi mempromosikan album tersebut; , (featuring Kylie Minouge) dan (featuring Sia), namun tidak satu pun daripadanya berjaya meledakkan keterujaan pencinta muzik global (Mungkin Déjà Vu yang baru dilancarkan 17 April lalu berpotensi untuk menjadi hit).

Menariknya, apabila Tom’s Diner bocor di internet, tumpuan terus terarah kepada lagu itu, Spears dan Moroder. Malah ia berada di kedudukan pertama dalam senarai trending global (worldwide) di Twitter.

Tidak dinafikan, vokal Spears dalam Tom’s Diner akan dikritik ramai. Namun disebabkan vokal Spears yang sebegitulah menjadikan lagu itu enak didengar secara berulang. Lagipun, she’s Britney Bitch!

Kredit foto: idolator

  • TAG
  • britney spears
  • Featured
  • giorgio moroder
  • tom's diner
KONGSI
Artikel sebelumnyaLima produk penjagaan peribadi lelaki mesti ada!
Artikel seterusnyaAbadikan bau individu yang telah mati sebagai minyak wangi
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS