15 solusi kulit cantik kaedah #NIVEASkinHacks

0
55

KULIT cantik berseri merupakan dambaan majoriti wanita. Pelajari 15 tip mudah bagi mendapatkan kulit yang cantik berseri berikut yang turut diselang-seli dengan faedah Nivea In-Shower Body Lotion:

1) Jimatkan masa menyediakan sarapan

1-nivea soak oat.jpg-cFOTO: FOOD52

Tiada masa untuk sarapan pagi? Rendamkan oat dalam susu kegemaran anda semalaman dan tambahkan potongan buah-buahan segar, kekacang atau buah-buahan kering. Bukan sahaja anda dapat bersarapan dengan cepat, oat juga meningkatkan kelembapan kulit dan memperbaiki rona kulit. Berikan kulit dan tubuh anda khasiat segera dalam beberapa saat sahaja.

2) Lembapkan kulit tanpa menunggu

NIVEA In-Shower Hydrating.jpg-c
Rasa cergas setelah bersenam di gim tetapi tergesa-gesa untuk bersiap semula selepas sesi senaman? Lembapkan kulit dengan ! Semasa mandi, sapukannya ke seluruh badan dan bilas seperti biasa. Anda tidak perlu menunggu ia kering seperti losen badan lain. Mudah sahaja untuk mendapatkan kulit yang lembut berkilau tanpa rasa melekit.

3) Manjakan diri dengan dark chocolate

2-nivea coklat gelapFOTO: SERVING JOY

Inginkan makanan ringan yang manis tetapi bimbang dengan kandungan gula yang berlebihan? Usah khuatir. Ambillah coklat gelap yang mengandungi sekurang-kurangnya 70 peratus koko. Ia mampu memenuhi kehendak anda dan kandungan antioksida di dalamnya akan membantu membuatkan kulit anda lebih lembut dan terhidrat.

4) Ceriakan hari anda dengan kulit yang lembut

3-nivea sing showerFOTO: SCIENCE HOW STUFF WORKS

Ingin mulakan hari dengan ceria? Mengapa tidak menyanyi di dalam kamar mandi. Kini anda boleh ‘berkaraoke’ sambil menggunakan . Tahukah anda apabila seseorang menyanyi, otak akan mengeluarkan hormon endorfin yang mencetuskan perasaan gembira?

5) Tarik nafas dan hembus nafas

4-nive tarik nafasFOTO: TRUSPER

Rasa agak gemuruh? Cuba anda tarik nafas dalam-dalam. Tarik nafas dan hitung sehingga lima semasa anda menghela udara melalui hidung dan terus ke paru-paru. Tahan nafas selama tiga saat dan hembuskannya secara perlahan-lahan menerusi mulut. Bernafas dengan mendalam mampu membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan peredaran darah, menjadikan kulit anda lebih sihat dan berseri.

6) Penjimatan bercukur

NIVEA In-Shower Whitening.jpg-C
Adakah anda tahu selain menjadi losen badan yang baik, Nivea In-Shower Body Lotion juga mampu bertindak sebagai krim pencukur? Dalam sesi mandian anda, sapukan Nivea In-Shower Body Lotion pada kulit basah. Sebelum bilas, lalukan pencukur mengikut arah pertumbuhan rambut di tempat yang memerlukan perhatian anda. Anda boleh berjimat dari segi masa dan wang sekali gus memperoleh kulit lembap dan lembut tanpa rasa melekit.

7) Penawar untuk kulit cantik

5-nivea apple ciderFOTO: HEALTHY LIFESTYLE ZONE

Tahukah anda bahawa kandungan toksin yang terdapat dalam tubuh boleh membuatkan kulit menjadi kusam? Cara yang pantas dan berkesan adalah mencampurkan cuka epal sider dalam air dan meminumnya sebelum anda makan bagi melancarkan proses detoks serta sekali gus meningkatkan kejelasan kulit anda.

8) Skrub untuk penyerapan yang lebih baik

6-nivea brown sugar scrub.jpg-cFOTO: HANTU COLLECTIVE

Ingin menyerap lembapan daripada Nivea In-Shower Body Lotion dengan lebih baik? Cuba hasilkan skrub sendiri dengan mencampurkan dua sudu besar gula perang ke dalam ½ cawan minyak kelapa. Sapukannya pada tubuh secara putaran. Kemudian bilas dan sapukan Nivea In-Shower Body Lotion. Anda akan merasai kulit yang halus dan lembut dalam beberapa saat.

9) Tiada lagi kesan gigitan nyamuk

7-nivea sudu nyamuk.jpg-cFOTO: WIKIHOW

Cara untuk menghilangkan kesan gigitan nyamuk dengan pantas! Panaskan sudu dalam air panas beberapa minit. Tekan sudu yang suam pada kesan gigitan dengan serta-merta. Haba daripada sudu akan menghentikan tindak balas dan rasa gatal serta menghalang calar yang merosakan kulit.

10) Penjagaan segera akibat selaran matahari

8-nivea teh sunburn.jpg-cFOTO: GOOD HOUSEKEEPING

Baru pulang daripada bercuti dan kulit anda terkena selaran matahari? Mahukan penyelesaian pantas? Bru (brew) lima hingga enam uncang teh earl grey dan rendamkan tuala ke dalamnya. Letakkan tuala padan kesan selaran matahari selama 30 minit. Cubalah kerana ia pasti meredakan kesan selaran matahari dengan serta-merta.

11) Bertindak sebagai body bronzer di rumah
Ketika mandi, sapukan Nivea In-Shower Body Lotion pada kulit basah anda dan bilas lalu keringkan badan anda. Kemudian, campurkan adunan di bawah:
● 1 sudu besar serbuk bunga cengkih
● 2 sudu teh tepung jagung
● 1 sudu teh serbuk pegaga
● 1 sudu teh serbuk koko
Dengan menggunakan berus solek, secara ringan, lalukan adunan tersebut di kawasan badan yang anda ingin ia kelihatan berseri. Lakukannya sebelum ke parti bagi memberikan kulit yang berseri dan wangian semula jadi yang mengujakan.

12) Menghilangkan kulit mati di tumit kaki
Semua orang tahu bahawa adalah sukar untuk kita menahan diri daripada membeli-belah dengan berjalan berjam-jam. Situasi ini mampu menjadikan kulit tumit kaki kasar. Campurkan 1/4 cawan pembersih mulut bersama 1/4 cawan cuka dan ½ cawan air suam. Rendam kaki selama 10 minit. Ia akan mengangkat sel kulit mati dan kaki anda akan terasa lembut semasa anda mengeluarkannya dari rendaman.

13) Mudahnya mulakan hari dengan kulit yang lembut

NIVEA In-Shower Intensive.jpg-c
Tiada masa untuk penjagaan kulit kerana mengejar masa untuk mengelak kesesakan lalu lintas di pagi hari? Dengan Nivea In-Shower Body Lotion, anda boleh melembapkan seluruh tubuh tanpa perlu terburu-buru. Sapukannya pada kulit basah semasa mandi dan bilaskan dengan segera.

Kulit anda akan terasa lembut berkilau dengan serta-merta tanpa meninggalkan rasa melekit yang tidak selesa pada kulit anda.

14) Ucapkan selamat tinggal kepada jerawat tubuh

9-nivea madu.jpg-cFOTO: CAROLINE DEFELICE

Ingin menyerlahkan tubuh tetapi malu dengan jerawat pada badan? Usah bimbang. Madu merupakan ramuan asli yang banyak manfaatnya. Antaranya ialah membunuh bakteria dan memelihara kecantikan dan kebersihan kulit. Titiskan beberapa titik madu di permukaan pelekat luka (band-aid) dan tampalkan di tempat yang diingini semalaman. Cara ini dapat mempercepatkan penyembuhan jerawat tubuh.

15) Menghilangkan parut jerawat
Berjaya untuk merawat jerawat di bahagian belakang anda tetapi tidak dapat menghilangkan parut tersebut? Campurkan empat sudu teh jus lemon, tiga sudu teh yogurt, empat sudu teh madu dan sebiji putih telur. Lumurkan pada kawasan parut jerawat dan biarkan ia selama 15 minit kemudian bilas dengan air. Anda akan memperoleh kulit yang mulus dalam masa yang singkat.

Info Nivea:
Laman web: www.nivea.com.my
Facebook:
Instagram:

  • TAG
  • nivea in-shower body lotion
  • niveaskinhacks
  • tip kecantikan
KONGSI
Artikel sebelumnya7 petanda teman lelaki anda mahu putuskan hubungan
Artikel seterusnyaBekas penghidap anoreksia bangga dengan lipatan lemak pada perut
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS