Wangian berkarakter The One, Dolce & Gabbana

0
79

MINYAK wangi merupakan hadiah terbaik untuk diberikan kepada yang tersayang sempena Krismas atau tahun baru. Sekiranya anda masih belum membulatkan keputusan minyak wangi apa patut dihadiahkan kepada pasangan anda, apa kata anda segera ke mana-mana kaunter Dolce & Gabbana dan mendapatkan haruman terbaharunya, Collector’s Edition: The One dan The One for Men.

Wangian duo ini sememangnya menepati keunikan karakter lelaki dan wanita. Pada setiap botolnya, terdapat ukiran syiling emas yang menjadi perlambangan teguh terhadap koleksi fesyen Dolce & Gabbana sepanjang tahun ini. 2014 adalah tentang penerokaan jenama ini terhadap peradaban purba Sicily dan kebudayaan Yunani (Greek).

Justeru, syiling emas pada setiap botol The One (berwarna merah ikonik) dan The One for Men (berwarna coklat gelap mewah) menampilkan dewa mistik Yunani. Ikon mitos tersebut merupakan personifikasi terhadap permulaan Sicily dan mewakili kebijaksanaan, keberanian serta kecerdasan.

The One (Wanita)

Kontra cantuman nota wangian ini adalah kekuatannya. Diperkaya flora Oriental, nota atas wangian ini dimulakan oleh bergamot dan limau Mandarin segar serta diadun bersama laici dan pic. Nota tengahnya dirembeskan oleh tarikan feminin bunga Madonna Lily.

1-dng

Vanila dan ambar yang dikombinasi bersama kesturi pula dijadikan nota dasar agar kesan haruman dapat berkekalan untuk tempoh panjang.

The One for Men (Lelaki)

Ditumpukan kepada nilai elegan dan sensualiti, haruman ini adalah penyerlah ciri klasik, moden, bertenaga dan menggoda. Ia menggunakan rempah Oriental yang diharmonikan bersama tembakau sebagai teras wangiannya.

2-dng

Kombinasi limau gedang, ketumbar dan daun selasih pula menciptakan haruman pada nota atas. Bagi memberi aroma hangat dan berempah, ia diperkuatkan oleh pelaga dan halia. Kemudian, maskuliniti si pemakai diserlahkan menerusi ekstrak tembakau kering, ambar dan kayu pohon cedar.

Berikut merupakan pilihan yang terdapat daripada keluaran baharu ini:

Dolce&Gabbana The One Collector’s Edition 50ml RM348
Dolce&Gabbana The One Collector’s Edition 75ml RM463
Dolce&Gabbana The One for Men Collector’s Edition 50ml RM222
Dolce&Gabbana The One for Men Collector’s Edition 100ml RM308

Dolce&Gabbana The One and The One for Men Collector’s Edition kini boleh didapati di kaunter Dolce & Gabbana di seluruh negara.

  • TAG
  • dolce & gabbana
  • minyak wangi dolce & gabbana
  • the one
  • the one for men
KONGSI
Artikel sebelumnyaAriana Grande terlebih seksi di atas pentas
Artikel seterusnyaSajian perayaan KFC Crispy Prawn
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS