JOHOR ROYAL PRESS OFFICE

MERAFAK sembah setinggi tahniah kepada kedua mempelai, YAM Tunku Tun Aminah yang merupakan cucunda perempuan pertama Almarhum DYMM Sultan Idris Shah II dan Alhmarhumah YMM Raja Perempuan Muzwin di atas pernikahannya bersama pasangan, Dennis Muhammad Abdullah pagi tadi.

Acara itu berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada 14 Ogos bersamaan 21 Zullkaedah 1438 Hijrah.

Turut sama ialah DYMM Sultan Ibrahim, DYMM Raja Zarith Sofiah, YM Che’ Puan Khaleeda, DYAM Tunku Ismail, YAM Tunku Abdul Rahman, YAM Raja Nazhatul Shima, kerabat Diraja Pahang, kerabat Diraja Perak serta pegawai-pegawai istana.

Martin dan Henriette Verbaas yang merupakan ayah dan ibu serta adik-beradik Dennis juga hadir menyaksikan detik penyatuan pasangan tersebut.

Tunku Tun Aminah menyarung busana baju kurung Johor rona putih sedondon dengan Dennis yang berbaju Melayu Teluk Belanga lengkap bersongkok.

Berikut merupakan koleksi gambar semasa majlis pernikahan pagi tadi.

Difahamkan majlis persandingan akan diadakan malam ini di Istana Besar Johor.

JOHOR ROYAL PRESS OFFICE
JOHOR ROYAL PRESS OFFICE
JOHOR ROYAL PRESS OFFICE
JOHOR ROYAL PRESS OFFICE
JOHOR ROYAL PRESS OFFICE
JOHOR ROYAL PRESS OFFICE
JOHOR ROYAL PRESS OFFICE
JOHOR ROYAL PRESS OFFICE

 

 

SUMBERJOHOR ROYAL PRESS OFFICE
KONGSI
Artikel sebelumnya
Artikel seterusnya60 tahun merdeka, Melayu Malaysia masih berperang sesama sendiri
I am common boy with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name soon will be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul and to me this has always been enough.

TINGGALKAN RESPONS