SEMALAM telah berlangsungnya mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan. Selain mendedahkan struktur dan logo rasmi gabungan pembangkang tersebut, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad, turut menyatakan pelaksanaan beberapa perkara jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Menerusi kenyataan akhbar yang dibaca Tun Mahathir, dalam tempoh 100 hari pertama Pakatan Harapan membentuk kerajaan, mereka amat komited untuk melaksanakan tujuh perkara berikut:
1) Menghapuskan GST
FOTO/GHAZALI KORI
2) Menstabilkan harga petrol
FOTO/FREEMALAYSIATODAY
3) Fokus terhadap meringankan beban rakyat
FOTO/
4) Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh
FOTO/WN
5) Memerangi rasuah sehingga ke akar umbi
FOTO/BERITA SEMASA
6) Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja skandal 1MDB
FOTO/GLOBAL RISK INSIGHTS
7) Memulihkan Felda
FOTO/FREEMALAYSIATODAY
Sementara itu, proses pengampunan dan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan juga akan dilaksanakan dalam tempoh seminggu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan. Anwar kini masih menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh.